Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

OOOP ! TARIK HANG BRAKE KE TAK ?

Rabu, 28 Disember 2011

Amaran USM : Mahasiswa Berdemontrasi Boleh Dibuang Universiti

Pulau Pinang, 28 Dis : Mahasiswa yang terlibat dengan sebarang kegiatan pelampau di luar kampus akan dikenakan tindakan seperti gantung pembelajaran atau dibuang universiti.

Timbalan Penasihat Kanan Pejabat Perundangan Universiti Sains Malaysia (USM), Khairul Anuar Che Azmi berkata, hukuman akan dijatuhkan bergantung kepada peraturan sedia ada.

“Seperti contoh kes seorang mahasiswa, Adam Adli yang bertindak menurunkan bendera tertera gambar Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), ini adalah kes serius.

‘‘Hukuman yang boleh dijatuhkan kepadanya adalah dibuang universiti (gugur taraf sebagai mahasiswa) atau digantung pembelajaran selama dua semester dan ia bergantung kepada Jawatankuasa Tatatertib Pelajar di universiti dia belajar,” katanya dalam satu kenyataan.
Terlibat demonstrasi kes serius
Tambah Khairul Anuar, mahasiswa yang ditahan kerana terlibat secara langsung dalam sebarang kegiatan pelampau seperti demonstrasi juga boleh dikenakan tindakan sekurang- kurangnya digantung pembelajaran selama satu semester.
 
Katanya, semua mahasiswa yang ditahan atas kesalahan disiplin diadili di peringkat universiti iaitu mereka akan dibicarakan oleh Jawatankuasa Tatatertib Pelajar.

“Hukuman tidak akan dijatuhkan sewenang-wenangnya dan hukuman yang dijatuhkan kepada mahasiswa yang terlibat adalah berdasarkan kepada tahap serius kes tersebut,” ujarnya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.