Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

01 August 2012

LEBIH RAMAI AKAN LOMPAT PARTI DI SABAH


Siapa sangka seorang yang berjawatan Timbalan Menteri dan seorang lagi Ahli Parlimen dari Sabah keluar dari Umno dan BN serta menyatakan sokongan terbuka kepada Pakatan Rakyat. Semuanya boleh terjadi kerana orang Sabah sedar betapa buruknya layanan BN kepada Sabah dan betapa sengsaranya rakyat Sabah dipinggirkan oleh pemimpin.

Malah kemungkinan lebih ramai lagi akan keluar dari parti komponen BN dan memberikan sokongan kepada PR dalam masa terdekat. Hal ini tidak mustahil kerana politik Sabah memang sentiasa mengejutkan. Siapa sangka Usno akan tumbang ditangan Berjaya dan Berjaya pula tersungkur dikaki PBS. Ini membuktikan bahawa kenyataan Anwar hari ini bahawa akan ada berita gembira dari Sabah sedikit masa lagi bukanlah omongan kosong.


Seperti menjelang episode 16 September, Ketua Umum PKR yang juga Ketua Pembangkang hari ini membayangkan lebih banyak "berita baik" akan datang daripada Sabah.


"Saya akan kembali ke Sabah pada 12 Ogos, dengan kemungkinan lebih berita baik... Kita kena bersedia," katanya kepada pemberita dengan ringkas yang dsiarkan oleh Malaysiakini.

Dua anggota Parlimen BN Wilfred Bumburing (Tuaran) dan Lajim Ukin (Beaufort) minggu lalu meletakkan jawatan dalam parti.


Kita percaya Najib sekarang sedang pening memeningkan apakah formula terbaik untuk mengekang  gejala keluar parti ini dari berlaku di Sabah. Kerisauan dan kebimbangan ini dibuktikan dengan kenyataan Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi yang meminta pimpinan BN Sabah menyelesaikan isu dalaman parti mereka dengan segera.



Zahid dalam kenyataannya semalam kelihatan risau dan resah dengan situasi tersebut.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.