Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ALA TURUNKAN SEDIKIT PERATUSAN DUTI IMPORTNYE, DISAMPING MENENTUKAN SPARE PART

Thursday, August 2, 2012

Duti Eksais Kereta di hapuskan - Aku kurang setuju..

Cadangan pakar strategi/ekonomi PKR Saudara Rafizi Ramli mengenai penurunan kadar duti eksais Kereta bagi aku tidak berapa praktikal buat rakyat berpendapatan rendah dan sederhana di Malaysia... Kenapa..


Aku tak bermaksud penurunan cukai itu tak baik, memang baik,,, tetapi yang lebih baik buat rakyat marhaen, bukan penurunan cukai kereta baru,,, kalau rakyat yang berpendapatan tinggi, OK ,, tak ada masaalah, memang itu yang ditunggu-tunggu pun,

Tetapi yang kita kena utamakan ,buat rakyat kelompok majoriti, kelompok yang ramai ialah golongan berpendapatan rendah dan sederhana, kereta yang sedia ada pada diri mereka adalah amat penting,,


Dalam suasana ekonomi dalam negara yang mana harga-harga barangan keperluan adalah terlalu tinggi, walaupun menteri-menteri dok berbangga mengatakan harga barangan paling murah di dunia,,, 


Kenderaan berenjin menggunakan petrol terutama kereta dah menjadi keperluan semua rakyat, malah motosikal sekarang pun dah jadi kenderaan anak-anak remaja ke sekolah. 


Adalah lebih baik pada pendapat aku, kawalkan harga alatganti kenderaan, majority rakyat semuanya menggunakan kereta yang dah berumur lebih 10 tahun,, 9 tahun hutang baru selesai, baru nak bernafas rasa lega habis bebanan hutang,,, tak kan nak cari bala nak berhutang lagi beli kereta... 


Kereta yang sedia ada yang berumur 10 tahun jika penggunaan yang tidak lasak, adalah masih baik,, cuma senggaraan sahaj diperlukan,, masaalahnya alatganti sekarang ni cukup mahal, kalau kita pergi ke kedai spare part, tokeh kedai boleh tanya, mau baik punya (ori) atau murah punya barang,,, jadi sendiri fikirlah,,, murah punya barang,, entahlah,, ikut nasib la...


Itu tak termasuk tayar, bateri, berapa harga semuanya itu... 


Lagi satu, satu lagi masaalah yang menimpa rakyat ialah insuran,, cukai jalan kerajaan dah turunkan, buat kenderaan berkuasa kuda 1600 ke bawah,, dah bagui dah la,,, tapi yang celakanya,, insuran mendadak dadak naik... apa cerita ni,,, tak kiralah insuran apa,, baik yang ala-ala Islam kononya (takaful) atau insuran konvesional , sama saja,, masing-masing kira nak menelan duit pengguna kereta, 


Aku biasa, staff takaful suruh aku pi beli insuran syarikat ain,, ingat nak belilah insuran ala-ala islam,, tetapi lebih mahal berganda dari insuran konvesional,, apa cerita ni,, Islam ala UMNO,, inilah habuan yang rakyat dapat.. 


Jadi kesimpulannya, adalah lebih baik buat majoriti rakyat, harga minyak dikawal dan diturunkan mengkut standard negara-negara dunia pengeluar minyak, harga barangan keperluan rakyat perlu dikawal, jangan asik dok nak jaga harga ayam sahaja,, harga ikan apa cerita sekarang...


Kawalkan harga tambang bas, keretapi dan teksi,, kalau semua naik kereta, jem oooo,, atau pun galakkan rakyat menggunakan basikal dengan menyediakan lorong-lorang khas adalah lebih,,, turun cukai kereta, pakat suruh rakyat pakai kereta baru,, bahaya oiii,,, hospital tak ada penambahan katil wooo.... . 


Woiiii, pening aku... kalau nak ikut harga keperluan sekarang.... itu yang penting,,,, kereta tak ada pun rakyat masih boleh idup....  

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.