Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Cadangan Saman Serta Merta Atau Kenderaan Ditahan Tidak Relevan
Posted on Wednesday, August 01 @ 01:19:46 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

  Oleh Mohamad Suhaimi
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) membantah cadangan Suruhanjaya Khas untuk mengkaji perkhidmatan awam yang mencadangkan supaya semua pemandu dan penunggang motosikal yang melakukan kesalahan trafik perlu menyelesaikan saman mereka serta-merta atau kenderaan mereka akan ditahan.

DPPWP menganggap cadangan ini amat keterlaluan serta tidak sesuai dilaksanakan kerana menganiaya pengguna jalan raya. Meskipun DPPWP bersetuju pesalah trafik dikenakan hukuman, namun untuk membayar serta merta saman yang dikenakan ke atas mereka merupakan cadangan yang tidak tidak relevan. Ini kerana bukan semua pengguna trafik terdiri daripada kalangan mereka yang berkemampuan untuk membayar saman serta merta. Kemungkinan mereka mempunyai urusan penting yang perlu diselesaikan dengan segera, dan jika kenderaan mereka ditahan kerana gagal membayar saman tersebut, ia dianggap telah menzalimi pengguna jalan raya.

Cadangan ini juga dibimbangi akan menggalakkan gejala rasuah antara polis trafik dengan pengguna jalan raya. Jika selama ini, tiada bayaran dikenakan oleh polis trafik semasa menyaman pengguna, namun masih rasuah berleluasa, bagaiman pula jika bayaran terpaksa dibuat serta merta dengan kos tambahan terpaksa diselit dicelah-celah bayaran tersebut bagi mengurangkan atau menghapuskan saman mereka? Gejala ini mungkin akan menjadi bertambah parah dan sukar dikesan jika ianya benar-benar dilaksanakan nanti.

Sepatutnya suruhanjaya perlu melihat kepada keperluan dan kemampuan rakyat. Saman adalah suatu hukuman dan pendidikan kepada pengguna supaya patuh kepda peraturan jalan raya. Dengan saman pengguna akan lebih berdisiplin, dan ini sudah tentu akan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

Saman diadakan bukan untuk berniaga antara kerajaan dengan rakyat, ia hanya alat bagi mengajar pengguna erti peraturan yang perlu dipatuhi di jalan raya. Bagi pengguna jalan raya yang tidak mampu membayar saman serta merta, mereka perlu diberi peluang untuk menjelaskan saman di kemudian hari dalam tempoh yang diberikan.

Selain dari itu, kerajaan juga perlu melihat kepada alternatif lain dalam mendidik pengguna jalan raya selain daripada saman. Yang penting adalah ianya dapat meningkatkan kesedaran pengguna terhadap aspek keselamatan jalan raya. Jika mekanisme lain mampu mendidik dan mendisiplinkan pengguna jalan raya tentang peri pentingnya mematuhi peraturan jalan raya, ia amat baik untuk dilaksanakan selain dari saman.

Justeru, DPPWP meminta suruhanjaya khas mengkaji balik cadangan tersebut dan menggantikannya dengan cadangan yang lebih relevan, sesuai serta menyenangkan semua pihak supaya tidak ada pihak yang merasa dizalimi oleh kerajaan.

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.