Thursday, August 2, 2012
Amaran dari Makcik-Makcik Felda buat Najib.. tepati janji atau kami tukar Kerajaan..
Sebelum itu.. Aku mohon maaf kepada Makcik-makcik dan Pakcik-Pakcik Felda kerana semlama ini aku telah menganggap kesemua mereka adalah mangsa pembodohan pemimpin UMNO..
Ini kerana hakikatnya bukan semua yang berjaya diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO kerana ramai juga yang sedar bahawa selama ini pemimpin-pemimpin UMNO cuba memperbodohkan mereka.
Makcik-makcik Felda ini menuntut janji Pengerusi Felda,Isa Samad yang sebelum ini menyatakan mereka layak menerima separuh daripada duit durian runtuh fasa kedua iaitu sebanyak RM2,500.
Ini kerana menurut mereka sebelum ini Najib telah menyatakan wang durian runtuh itu adalah imbuhan daripada hasil titik peluh peneroka dan penerokawati ketika membangunkan tanah Felda dahulu.
Sekiranya sebahagian durian runtuh seperti yang dijanjikan tidak diagihkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), mereka menganggap kerajaan tidak menepati janji dan mereka tidak teragak-agak untuk memilih kerajaan baru pada PRU akan datang.
Serah wang atau kami tukar kerajaan baru.. - Bekas isteri peneroka Felda
Bekas isteri peneroka menuntut janji Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang sebelum ini menyatakan mereka layak menerima separuh daripada duit durian runtuh fasa kedua iaitu sebanyak RM2,500.
Aminah Zulkifly, 46, berkata, mereka berhak mendapat duit berkenaan memandangkan sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan wang durian runtuh itu adalah imbuhan daripada hasil titik peluh peneroka dan penerokawati ketika membangunkan tanah Felda dahulu.
“Satu negara jelas mendengar pengumuman Perdana Menteri yang menyatakan durian runtuh ini sebagai ganjaran menghargai jasa peneroka dan penerokawati yang bersusah-payah di awal kemasukan ke tanah rancangan dahulu.
“Dengan apa yang telah dinyatakan Perdana Menteri itu jelas membuktikan kami layak untuk menerima durian runtuh ini biarpun kami bukan lagi isteri peneroka dan sudah berkahwin lain,” katanya.
Aminah berkata, lebih 20 tahun dia menduduki tanah rancangan dan bekas suaminya adalah peneroka Felda Jengka 24.
Katanya, adalah sesuatu yang tidak adil sekiranya dia tidak menerima durian runtuh tersebut.
“Ketika masuk ke tanah rancangan dahulu, kami bekas isteri peneroka ini turut sama turun ke ladang dan merasai kepayahan hidup di tanah rancangan.
“Kami yang bersusah payah, tetapi isteri bekas suami yang baru berkahwin tiga atau empat tahun pula dengan senang-lenang dapat durian runtuh,” katanya.
Aminah berkata, sekiranya sebahagian durian runtuh seperti yang dijanjikan tidak diagihkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), mereka menganggap kerajaan tidak menepati janji.
Justeru katanya, mereka tidak teragak-agak untuk memilih kerajaan baru pada PRU akan datang.
Rungutan Aminah turut disokong seorang lagi bekas isteri peneroka Felda Lepas Utara 1, Rozita Jantan, 47.
Rozita berkata, dia telah mengajukan perkara itu kepada pihak pengurusan Felda di tanah rancangan yang penah didudukinya dari 1984 sehingga 2000.
“Apabila ditanya, saya dimaklumkan durian runtuh tersebut adalah duit imbuhan kerajaan kepada peneroka Felda. Persoalannya, jika ia adalah imbuhan kerajaan, mengapa masyarakat kampung tidak menerima duit tersebut?” katanya.
Bekas isteri peneroka Felda Lepar Utara 3, Kamyah Mat Kamis, 48, pula berkata, bukan hanya mereka bertiga sahaja yang tidak berpuas hati, malah ramai lagi bekas isteri peneroka menghadapi masalah sama.
“Ramai tidak berpuas hati lebih-lebih lagi bagi bekas isteri yang menetap di tanah rancangan kerana merasakan mereka ini lebih layak menerima durian runtuh tersebut, bukan mereka yang meninggalkan tanah rancangan dan menetap di luar.
“Tambahan pula, saya dapati masih ramai lagi bekas isteri yang tidak berkahwin lain, tidak menerima durian runtuh ini. Ini menimbulkan kekeliruan kami, justeru kami mohon diberikan penjelasan,” katanya - Utara News
Najib kata.. janji ditepati.. tapi apa cerita nih?
0 orang berkata:
Post a Comment