Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Istana Johor sebenarnya menolak kemerdekaan?

0
0
  
Print Friendly
Sumber:  Malaysiacrisis

Hari ini 31 Ogos, Malaysia menyambut hari kemerdekaan ke-55. Rata-rata blog dan facebook membicarakan mengenai kemerdekaan. Dalam blog entry siri kemerdekaan kali ini, penulis terpanggil untuk berkongsi sejarah yang tidak tertulis di dalam buku teks sekolah-sekolah bagaimana sebenarnya Istana Johor menolak kemerdekaan Tanah Melayu.

Siri Kemerdekaan 2: Istana Johor Menolak Kemerdekaan
Sebelum kita berbicara lebih lanjut, pembaca-pembaca budiman boleh lah membaca satu artikel bertajuk Istana Bantu Capai Kemerdekaan di muka surat 7, Majalah Holistik bulan Ogos 2007 yang diterbitkan oleh Pejabat Menteri Besar Johor. Artikel tersebut boleh dimuat turun di sini. Artikel tersebut juga boleh dibaca di blog penyokong tegar Kesultanan Johor.

Artikel yang diterbitkan di dalam Majalah Holistik



‘UMNO Lama’ dilahirkan di Istana Besar
Dalam blog entry Siri Kemerdekaan 1: Merdeka vs. Hidup Melayu ada diceritakan mengenai kisah Sultan Sir Ibrahim membenarkan Istana baginda dijadikan tempat berlangsungnya perhimpunan agung pertama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada 11 Mei 1946. Di sana jugalah Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan, dan akhirnya UMNO dilahirlah secara rasmi.

Mengapa Sultan Sir Ibrahim terlibat dalam penubuhan UMNO? Ini adalah disebabkan orang-orang Johor menentang Sultan Sir Ibrahim yang menandatangani persetujuan Malayan Union. Dan Sultan yang berjiwa anglophile ini terpaksa akur dengan perjuangan orang-orang Melayu pada ketika itu yang menentang Malayan Union. Semuanya ada diceritakan panjang lebar di dalam Siri 1.

Faktanya ialah Sultan Sir Ibrahim adalah raja Melayu pertama bersetuju untuk menerima Malayan Union. Tidak habis setakat di sana, baginda juga sebenarnya menentang kemerdekaan Tanah Melayu – fakta yang tidak tertulis di dalam buku teks!

 

1. Selepas Malayan Union gagal, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dimeterai di King House (kini Carcosa Seri Negara) pada 21 Januari 1948. Mengikut perjanjian ini, 11 negeri-negeri Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka bergabung dan membentuk Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya mencapai kemerdekaan.
Walau bagaimanapun Sultan Sir Ibrahim masih tidak yakin dengan cadangan kemerdekaan Tanah Melayu. Sumber lisan yang tidak direkodkan ada menyebut Sultan Sir Ibrahim pernah berkata “British umpama air, apabila tidak ada kita akan dahaga”. Allahuaklam.

Pada bulan September 1953, Sultan Sir Ibrahim menulis surat bertajuk “Straits Settlement Forever” kepada akhbar The Straits Times yang berharap agar sistem penasihat British dapat diteruskan dan negeri Pulau Pinang dan Melaka tidak perlu berada di dalam Persekutuan Tanah Melayu dan patut bersama-sama Singapura menjadi tanah jajahan British sampai bila-bila.



2. Sultan Sir Ibrahim juga telah menyuarakan hasrat baginda untuk menolak kemerdekaan Tanah Melayu semasa sambutan Jubli Intan pemerintahan baginda pada 17 September 1955 (rujuk buku From Malayan Union to Singapore Separation tulisan Mohamed Noordin Sopiee (1974).

Baginda juga memberi amaran kepada negeri-negeri Melayu untuk menolak cadangan kemerdekaan dengan berkata “You Will Suffer if British Go!” Petikan akhbar The Argus, 19 September 1955 muka surat 6 ada dilampirkan.

Sambutan Jubli Intan Sultan Sir Ibrahim dan kemahkotaan Sultanah Marcela

Ucapan Sultan Sir Ibrahim yang menolak kemerdekaan menyebabkan sambutan Jubli Intan yang diadakan selama 5 hari berturut-turut itu dipulaukan oleh Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri dan jemaah menteri Kabinet Persekutuan Tanah Melayu yang dibentuk pada 1 Ogos 1955 (rujuk petikan akhbar bertajuk Sultan’s Jubilee Ends on Bitter Note di bawah).

Penderhaka kah jemaah menteri ini semua? UMNO dan Parti Perikatan telah lama menderhaka kepada Raja-Raja Melayu! Ini boleh dikatakan menghina Raja Melayu kerana sambutan Jubli Intan semeriah itu dengan sengaja dipulaukan oleh Menteri-menteri Tanah Melayu !


Petikan daripada akhbar The Central Queensland Herald, 22 Septermber 1955



The Straits Times, 4 January 1956
3. Penolakan Sultan Sir Ibrahim terhadap kemerdekaan Tanah Melayu membawa kepada penubuhan Persekutuan Kebangsaan Melayu Johor (PKMJ) pada 22 Oktober 1955 oleh seorang kerabat istana Johor iaitu Ungku Abdullah bin Ungku Omar. PKMJ bukan saja menyokong saranan Sultan Sir Ibrahim untuk terus berada di bawah naungan British tetapi berusaha untuk memisahkan Johor dari Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya menggagalkan kemerdekaan Tanah Melayu.

PKMJ bukan saja mendapat tentangan daripada Ketua Menteri, Tunku Abdul Rahman dan Parti Perikatan, tetapi turut mendapat kecaman daripada orang Johor sendiri. Pada bulan November 1955, penduduk daerah Segamat yang mengelarkan kumpulan mereka ‘Pasok Melaya Daerah Segamat’ mengugut untuk meninggalkan daerah Segamat dari negeri Johor jika Johor tidak menyertai Persekutuan Tanah Melayu (rujuk buku bertajuk Modern Governments and Political Systems: Governments and Politics in South Asia, karya S. L. Kaushik dan Rama Patnayak (1995).

Menderhaka kepada Sultan Johor kah rakyat daerah Segamat ini hingga sanggup mencabar untuk memisahkan daerah mereka dari negeri Johor?

Menjelang kemerdekaan, semakin ramai ahli-ahli PKMJ meninggalkan kumpulan itu dan akhirnya pertubuhan ini terkubur. Bermakna cadangan Sultan Sir Ibrahim untuk menolak kemerdekaan dan dibawa oleh Ungku Abdullah melalui PKMJ tidak dapat diterima oleh rakyat Johor sendiri. Menderhaka kah rakyat Johor pada ketika itu?

Penderhakaan mereka penderhakaan bertempat, tidak seperti Pemuda UMNO Johor (juak-juak yang menganjurkan Himpunan Menjunjung Taat Setia Ketuanan WWW1) yang menganggap jika rakyat bersuara atau mempertikaikan pendapat atau tingkah laku seseorang Sultan adalah dianggap menderhaka!

Kesimpulan
Fakta-fakta di atas jelas menunjukkan sebenarnya Istana Johor menolak kemerdekaan dan bukannya membantu dalam mencapai kemerdekaan Tanah Melayu seperti yang didakwa di dalam majalah Holistik terbitan Pejabat Menteri Besar Johor.


Sultan Sir Ibrahim sendiri menolak kemerdekaan Tanah Melayu dan merelakan British terus berada di Tanah Melayu – “The British have made Malaya prosperous”, kata baginda semasa berucap sempena sambutan Jubli Intan. Begitu juga kerabat Istana Johor iaitu Ungku Abdullah (seorang yang begitu rapat dengan Istana dan penerima Darjah Kerabat dan Pingat Jubli Intan Sultan Ibrahim) yang menjadi pelopor perjuangan anti-kemerdekaan di bawah PKMJ.

Adalah amat memalukan apabila artikel yang ditulis oleh orang Johor sendiri sebenarnya buta tentang sejarah negerinya. Lebih memalukan kerana artikel tersebut diterbitkan oleh Pejabat Menteri Besar Johor!

Perlu diingat, Sultan Sir Ibrahim tidak pernah bersetuju untuk merdeka dan terus menetap di London hingga akhir hayatnya. Baginda juga adalah merupakan seorang Sultan yang mendapat banyak tentangan daripada pembesar-pembesar Johor sejak daripada cadangan Malayan Union hinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Mungkin merajuk agaknya, akhirnya baginda menyerahkan kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail (kemudiannya dikenali sebagai Sultan Ismail) untuk membuat keputusan termasuk menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya kemerdekaan.

Penulis tinggalkan blog entry ini dengan satu keratan akhbar The Canberra Times bertarikh 3 November 1949 yang bertajuk Johore Sultan Not Sovereign Ruler (atau terjemahannya berbunyi Sultan Johor bukan Pemerintah Berdaulat) berdasarkan kepada satu penghakiman Mahkamah Rayuan. “Eh, bukan buku teks sekolah-sekolah kata negeri Johor satu-satunya negeri Melayu yang merdeka dan hanya menerima penasihat British? Macam mana pula bukan pemerintah berdaulat”


Lawati sumber untuk artikel2 lain yang lebih menarik.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.