Lebih 100,000 sertai Himpunan Merdeka 55: Janji Ditepati
31 Ogos 2012
KUALA LUMPUR - Lebih 100,000 orang sudah memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil sehingga kira-kira pukul 7.45 malam ini bagi memeriahkan Himpunan Merdeka 55: Janji Ditepati sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini.
Ribuan lagi masih berasak-asak untuk masuk ke dalam stadium bagi menyaksikan perhimpunan kemerdekaan yang pertama kali diadakan pada waktu malam.
Himpunan Merdeka yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin negara akan dimulakan dengan pengumuman acara Tweet Paling Banyak Dalam Masa Sejam di Malaysia pada pukul 8.15 malam oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
- Bernama
2 orang berkata:
Tak nampak pun berasak-asak, yg nampak macam orang yg sama berpusing2 tang tu jugak....hi hi hi Pok Raih kene pakai teropong besaq bagi gambaq nampak banyak.....
Yang ramai dalam gambar tu budak2 sekolah bawah umor. Mungkin yang kena kerah oleh jabatan pelajaran negeri dan dibagi RM30.Aku fikir Najib pun risau sebab budak2 ni belum boleh mengundi lagi.Lagi pun bila diaorang dah cukup umor nanti aku gerenti mereka akan undi Pakatan.
Post a Comment