Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NI MASA CARI PITIH !

Isnin, 27 Ogos 2012

‘Memori Perjuangan Politik Syed Husin Ali’: Zulkifli Nordin fail saman

KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin (gambar) menfailkan saman fitnah terhadap Senator Dr Syed Husin Ali berhubung buku ‘Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali’.

Writ saman difailkan Jumaat lepas di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil melalui Tetuan The Chambers of Kamarul Hisham & Hasnal Rezua.

Dalam pernyataan tuntutan, Zulkifli mendakwa Syed Husin secara palsu dan dengan niat jahat telah menerbitkan dan mengakibatkan penerbitan perkataan-perkataan bersifat fitnah terterhadapn
ya.

Beliau mendakwa perkataan itu dalam makna semulajadinya membawa maksud beliau telah menawarkan kepada Parti Keadilan Rakyat dan/atau Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sekitar April 2008, iaitu selepas Pilihanraya Umum ke-12, untuk meletakkan jawatan sebagai Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu bagi membolehkan ketua pembangkang tersebut bertanding dalam pilihan raya kecil.

Katanya, perkataan itu juga, antara lain, bermaksud beliau bersubahat dengan Umno untuk membuat tuduhan dan tohmahan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Anwar, serta merelakan dirinya dipergunakan untuk mencapai agenda politik Umno.

Zulkifli berkata buku itu dijual di semua kedai utama dan penerbitan perkataan tersebut telah mengakibatkan reputasi, imej dan nama baiknya rosak.

Sehubungan itu, beliau menuntut ganti rugi am, teladan dan teruk serta perintah injunksi bagi menghalang defendan atau agennya terus menerbitkan perkataan fitnah tersebut, selain faedah dan kos.

Pada 27 Jan lepas, Syed Husin, 76, bekas Timbalan Presiden PKR, memfailkan saman terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak dan Zulkifli berhubung satu artikel yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 Nov tahun lepas, berjudul "Zul Noordin Nafi Dakwaan Syed Husin".

 Mahkamah akan mendengar saman itu pada Khamis ini.

Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes hari ini di depan Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera dan peguam Hasnal Rezua Merican mewakili Zulkifli manakala N Surendran bagi pihak Syed Husin.

Hasnal Rezua memaklumkan mahkamah pihaknya menfailkan permohonan untuk menyatukan saman yang difailkan Zulkfili dan Syed Husin atas alasan pihak yang terlibat adalah sama, begitu juga isu undang-undang selain saksi dan keterangan dalam kes itu. — Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.