Sunday, August 26, 2012
Politik Malaysia: Semoga Allah SWT juga mengizinkan perkara ini berlaku
Allah hu Akbar
Di dalam Asma-ul Husna, Allah swt mempunyai 99 nama. Namun nama yang paling sering disebut dan dibaca di dalam Surah Al-Fatihah adalah Allah Al-Rahman (Maha Pemurah) dan Allah Al-Rahim (Maha Mengasihani)
Adalah di atas IZINNYA, nama Al Rahman telah melengkapkan susunan/aturan atau turutan nama-nama keenam-enam Perdana Menteri Negara Malaysia. Adakah ianya hanya satu kebetulan? Apa pun andaian/tanggapan kita, sesungguhnya Allah swt telah mengizinkan perkara ini berlaku di atas kehendakNYA
R – Tunku Abdul (R)ahman Putra Al Haj
A – Tun (A)bdul Razak BinHusin
H – Tun (H)ussien Bin Onn
M – Tun (M)ahathir Bin Muhamad
A – Tun (A)bdullah Bin Ahmad Badawi
Jika kita mengambil nama kedua yang sering disebut/dibaca itu, nama Al-Rahim pula menyusuri. Adakah Allah swt juga akan mengizinkan namaNYA ini menjadi ‘tanda’ bagi kita memilih pemimpin utama Negara tercinta ini?
Bermula dengan huruf R, bagi saya, secara ikhlas, saya melihat susuk tubuh yang paling layak menerajui Negara ini selepas DS Najib adalah Tengku Razaleigh Hamzah. Semoga Allah swt jugakmengizinkan perkara ini berlaku. Insya Allah!
R – Tengku Tan Sri (R)azaleigh Bin Hamzah
A - ? (Dia kah?)
H - ?
I - ?
M - ?
Bagi turutan selanjutnya kita memohon kepada Allah swt agar mengurniakan kepada kita insan-insan yang baik pekertinya lagi menyanjung tinggituntutan agamaNYA. Semoga Negara ini kekal selamat dibawah naunganNYA. Amin!!!
0 orang berkata:
Post a Comment