Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Umno berisiko kehilangan undi wanita

August 26, 2012
 
KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Secara tradisinya, wanita adalah sangat penting dalam demografi Umno dengan sayap Wanita parti dilihat sebagai tulang belakang kepada Barisan Nasional (BN) — memastikan undi dari suri rumah dan golongan wanita.

Akan tetapi terdapat kerisauan bahawa golongan ini semakin dipinggirkan oleh kerana BN terlalu memberi fokus kepada usaha mendapatkan undi orang muda.

"Terdapat keperluan bagi Wanita Umno untuk menggunakan kembali sistem lama untuk pulang ke kawasan masing-masing dan melawat dari rumah ke rumah. Ini sangat penting.”

"Ketika kami melakukan ini dulu, kita melihat dalam keputusan pilihan raya, hanya terdapat margin kesilapan yang kecil berbanding apa yang kami jangkakan, hanya berbeza 100 atau 200 undi,” kata ketua Wanita Umno bahagian Cheras, Datuk Faridah Abu Hassan.

Kata beliau sayap wanita kelihatan menjauhkan diri daripada cara kempen tradisi yang terbukti berjaya membantu parti sebelum ini.

 "Mereka lebih suka menggunakan media online dan anjurkan program besar yang dihadiri dari 10,000 hingga 30,000 akan tetapi tidak ada apa yang nak dibuktikan seperti apa yang berlaku pada 2008," katanya.

Kedua anak muda dan wanita telah dikenalpasti oleh pemerhati politik dan penganalisis sebagai kunci untuk menentukan siapa yang bakal mengambil alih Putrajaya.

BN dan Pakatan Rakyat (PR) dilihat sudah terkunci dengan apa yang dikatakan sebagai persaingan paling sengit dalam sejarah pilihan raya.

Penganalisis politik memberitahu The Malaysian Insider bahawa pengundi atas pagar, terutamanya wanita yang bekerja dari rumah dan anak muda - sangat penting bagi menentukan keputusan pilihan raya yang perlu diadakan selewat-lewatnya April 2013.

"Golongan wanita sangat penting oleh kerana jumlah mereka separuh dalam daftar pemilih dan mereka mengundi berdasarkan isu dan pengalaman," kata Ibrahim Suffian dari Merdeka Center kepada The Malaysian Insider.

“Mereka lebih mementingkan apa yang boleh ditawarkan oleh parti politik dan mereka ini lebih pragmatik,” kata Ibrahim lagi.

Wan Saiful Wan Jan dari Institut Demokasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mengatakan bahawa lebih sukar untuk menentukan kearah mana wanita akan mengundi akan tetapi jumlah mereka besar sebagai golongan atas pagar yang menjadi penentu kepada kemenangan dalam pilihan raya akan datang.

“Dalam sejarah undi mereka sangat penting, terutama di saat-saat akhir,” katanya.
“Mereka merahsiakan undi mereka sehingga saat akhir, sebab itu sangat sukar untuk mengetahui siapa yang akan mereka undi, sebab itu PAS dan Umno berkempen sehingga saat akhir,” katanya.

Pemimpin akar umbi Wanita Umno dan Puteri Umno yang ditemui oleh The Malaysian Insider minggu ini memberitahu demografi pengundi wanita lebih tertarik kepada isu yang berkait secara langsung dengan isirumah seperti kenaikan harga barang, kesihatan dan kemiskinan bandar.

Mereka mengakui cara lama menggunakan sentuhan peribadi dengan berkempen dari rumah ke rumah telah digantikan dengan perhimpunan besar dimana wang tunai diberikan kepada keluarga yang kurang bernasib baik.

“Terdapat 13- 15 peratus pengundi wanita muda di Hulu Selangor dan isu utama yang merisaukan mereka, terutamanya di Hulu Bernam adalah isu kos hidup meningkat kata Zahana Hamzah, Ketua Puteri Umno bahagian Hulu Selangor.

Suhaila Md Zin, ketua komunikasi Puteri Umno Selangor pula menambah selain dari terpaksa mengikat perut kerana kos hidup yang meningkat, isu penjagaan anak adalah isu yang difikirkan.

“Wanita muda hari ini berhenti kerja kerana tiada siapa yang akan menjaga anak mereka di rumah.”

Beliau adalah diantara pemimpin yang  memberitahu The Malaysian Insider tentang kepentingan berkempen dari rumah ke rumah.

“Kita mesti memenangi hati mereka apalagi sekarang mereka sudah membaca blog dan mendengar khabar angin.”

Kedua-dua BN dan PR sudah mengalihkan perhatian mereka kepada ekonomi dengan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengumumkan pusingan kedua pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

PR juga berjanji untuk menurunkan cukai kereta sebagai langkah untuk mengurangkan perbelanjaan isi rumah.
Ekonomi bertumbuh dengan mengejut pada 5.4 peratus pada suku kedua, menafikan ramalan pakar ekonomi memberikan faktor ‘rasa baik’ menjelang pilihan raya akan datang.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.