Timbalan Pengerusi Biro Agama dan Pendidikan Umno Terengganu, Muhammad Ramli Nuh
Timbalan Pengerusi Biro Agama dan Pendidikan Umno Terengganu, Muhammad Ramli Nuh
KUALA TERENGGANU – Timbalan Pengerusi Biro Agama dan Pendidikan Umno Terengganu, Muhammad Ramli Nuh menyifatkan ‘tahalluf’ atau kerjasama yang wujud antara Pas dan DAP sebagai tidak dibenarkan Islam.

Paling ketara katanya, kerjasama dengan parti itu bertujuan menumbangkan kerajaan sedia ada, sedangkan DAP menentang penubuhan sebuah negara Islam dan juga hudud yang diperjuangkan Pas.

Sehubungan itu, beliau berkata, cukup jelas pakatan yang berlaku bukan untuk membangunkan syiar Islam, sebaliknya lebih memikirkan strategi mendapatkan kuasa dan menjatuhkan kerajaan yang didominasi orang Islam.
Pak Karamu:
bongok juga alama UMNO ni dia tak tahu soal ahkam dengan syiar

“Kalau kerjasama itu atas perkara lain seperti untuk tujuan keselamatan, itu tidak mengapa tetapi apa yang dilakukan pembangkang adalah pakatan untuk menggulingkan kerajaan sedia ada,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Pak Karamu:
Sebab UMNO banyak sangat rasuah, penyelewengan, dan menolak negara dan hukum islam

Beliau turut menyokong kenyataan Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman sebelum ini bahawa berdosa sekiranya seseorang memilih calon dan pemimpin yang menolak Islam serta berhasrat menghidupkan agama lain di negara ini.
Pak Karamu:
Mu buta perut tak baca perlembagaan PAS

Muhammad Ramli berkata, pakatan yang berlaku antara Pas dan DAP juga lebih cenderung untuk memastikan berlakunya peralihan kuasa di negara ini, dan bukannya merealisasikan perjuangan sebenar ke arah membangunkan negara Islam.
Pak Karamu:
UMNO perintah Trengganu pong banyak maksiat dan rasuah, sebab tu UMNO keno bagi jatuh !

“Ini bukan tahalluf yang dibenarkan dalam agama, bahkan Pas sendiri bukannya mempunyai kerusi majoriti dalam pakatan tersebut dan tidak boleh berpakat. Lagipun, dalam negara sendiri lebih ramai yang beragama Islam berbanding yang bukan,” katanya.
Pak Karamu:
DAP bukang macam MCA yang terang-terang menentang negara dan hukum islam, UMNO yang kawang ngan MCA harbi tu macam mana ?

Beliau berkata, gabungan antara Umno, MCA dan MIC adalah berbeza dengan Pakatan Rakyat (PR) kerana Umno memiliki kerusi majoriti dalam Barisan Nasional (BN).
Pak Karamu:
Mu lupa parti yang bukan islam lain kat sabah dan Sarawak tu, lagi pong mu tak ambil kira antara UMNO dan parti lain yang bukan islam tu sama saja darjatnya ! hi hi hi tolak hudud belako !

Sementara itu, mengulas kenyataan Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar Abdullah yang membandingkan pendirian DAP sebagaimana berlaku terhadap orang kafir sebelum pemerintahan Islam di Madinah, beliau menegaskan keadaan yang berlaku ketika ini tidak sama dengan dahulu.
Pak Karamu:
Mu ni bodoh semace je, kafir dulu dan sekarang sama je, iaitu menentang islam !

Abu Bakar sebelum ini memberitahu bahawa beliau percaya DAP akan berubah pendirian selepas hudud dan negara Islam dapat dilaksanakan di negara ini.

Jelasnya, ketidakyakinan masyarakat bukan Islam terhadap penubuhan sebuah negara Islam pernah berlaku sebelum pembentukan negara Islam pertama di Madinah dan menegaskan apa yang berlaku terhadap DAP adalah persepsi awal sebagaimana berlaku pada zaman tersebut.

“Apa yang dikata Pas itu tidak sama, analisa yang tidak tepat dan tidak betul. Rasul diberi kuasa utama yang merujuk kepada beliau sendiri sebagai seorang Rasul dan Islam pada waktu itu pula adalah minoriti. Sedangkan apa yang berlaku ketika ini menunjukkan bahawa orang Islam adalah majoriti,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan Pas seolah-olah mencari rakan kongsi untuk memastikan cita-cita memerintah negara tercapai dan mendakwa Pas sebenarnya tidak mampu