ADUN Titi Serong Lapor Polis Kain Rentang provokasi keagamaan
Kain rentang Provokasi di Kuala kangsar.
16 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA
KANGSAR : ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim telah membuat satu laporan
Polis berhubung dengan Kain Rentang berunsur provokasi keagamaan yang di pasang
oleh pihak yang tidak bertanggung jawab di bulatan Double Lion Kuala Kangsar.
Beliau
hadir di IPD Kuala kangsar bersama 20 orang penyokongnya pada jam 10.00 pagi
dan beredar sekitar jam 11.15 pagi sesudah selesai membuat laporan.
Beliau
hadir bagi membuat laporan bagi mewakili PAS Kawasan Kuala Kangsar.Semasa
ditemui selepas itu beliau menjelaskan mengenai sehelai kain rentang yang telah digantung berhampiran Bulatan Double
Lion, Kuala Kangsar, Perak. Ia telah disaksikan pada jam 2.30 pagi pada 26hb.
Januari 2013 (Sabtu) lepas.
“Namun begitu sekitar jam 8.00 pagi
kain rentang itu di dapati telah tidak ada lagi” katanya.
“Ini merupakan
merupakan
permainan politik kotor pihak-pihak yang terdesak dalam suasana PRU Ke 13 yang
semakin hampir. Untuk ini saya mengharapkan pihak berkuasa mengambil serius
dengan laporan yang kami buat pada hari ini dan akan mengambil suatu tanggungjawab serta tindakan
wajar “.Jelasnya
Menurut Drs Khalil juga, tindakan ini adalah tidakan mereka yang
sudah kehabisan modal untuk berkempen secara anak jantan, lalu mereka mengambil
langkah terdesak seperti yang dilakukan.
“Saya juga nasihatkan kepada semua penyokong Pakatan Rakyat dan
khususnya penyokong PAS di Kuala Kangsar supaya jangan cepat melatah dengan
provokasi sedemikian rupa” Katanya.
“Kita akan menghormati peraturan dan undang-undang yang sedia ada
dan yakin pihak Polis dan majlis Perbandaran Kuala Kangsar mampu menangani isu
banner provokasi dimasa akan datang” katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment