INI BUKAN MASALAH POLITK DAN BERPOLITIK, INI SUDAH JADI MASALAH AKIDAH MANUSIA YANG DIKAITKAN DENGAN AMANAT HADI AWANG, MENGIKUT NAS AMANAT HADI AWANG BENAR, JIKA ADA YANG MAHU KATA UMNO KAFIR MAKA TAFSIRLAH AMANAT HADI ITU
PENILAIAN RAMAI AMANAT ITU TIDAK SEBUT UMNO KAFIR, CUMA TAFSIRAN AMANAT ITU MEMANG UMNO JADI KAFIR, SESIAPA YANG BERADA DIDALAM PERTUBUHAN UMNO MAKA MEREKA MENJADI PERTUBUHAN KUMPULAN KAFIR
UMNO YANG SUDAH TAK ADA MODAL UNTUK MENYERANG PR LALU MEREKA CIPTA ATAU CONGKIL ISU YANG MEREKA FIKIR MENGHASILKAN HABUAN POLITIK MEPADA MEREKA NAMUN AKHIRNYA MEMAKAN DIRI, SO WHAT ? UMNO KAFIR ! NANTI DI AKHIRAT ALLAH TANYA ORANG UMNO, MENGAPA KAMU LETAKKAN DIRI KAMU DIDALAM KUMPULAN KAFIR ? MAKA MUNGKIN KAMU AKAN KATA "UNTUK DAPAT PROJEK" KEMUDIAN ALLAH KATA MASUK NERAKA SECARA BERKUMPULAN - Pak Karamu
5/01/13
Pemuda Pas terbit buku 'Amanat Haji Hadi VS Amanat Haji Mahathir & Haji Najib'
KOTA BHARU – Di sebalik polemik berkenaan amanat Datuk Seri Abdul Hadi
Awang tahun 1981 yang kembali hangat, Lajnah Penerangan Pemuda Pas
Negeri Kelantan menerbitkan sebuah buku bertajuk “Amanat Haji Hadi VS
Amanat Haji Mahathir & Haji Najib”.
Buku 48 halaman itu mengandungi pelbagai input menarik yang menjawab
persoalan isu-isu yang berkaitan dengan amanat yang diperkatakan.
Buku tersebut baru diterbitkan dan disusun khas untuk menjernihkan
kekeliruan yang ditimbulkan oleh mana-mana pihak yang berkaitan dengan
parti lawan.
Selain fakta-fakta penting tentang amanat tersebut, buku ini juga
disertakan dengan keratan-keratan akhbar yang membabitkan isu-isu yang
dibincangkan.
Antara panel terlibat, Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul
Aziz; Pengerusi Ulama Pelapis Pas Pusat, Khair Mutanazzar Ismail;
Pengarah Pusat Penyelidikan & Pembangunan Pas, Dr Dzulkefly Ahmad
dan Moderator Debat, Dr Mazlee Malik.
Selain daripada panel-panel tersebut, artikel-artikel dari keratan
akhbar yang ditulis oleh Sapinah Abdul Ghani dari Sinar Harian dan
Penulis Veteran, Subky Latiff juga turut dimuatkan.
Pelbagai tajuk-tajuk menarik dibincangkan seperti “Amanat Haji Abdul
Hadi: Masih Relevan?”, “Ulama Muda Umno, Kenapa baru sekarang”, “Satu
kerenah SB (cawangan khas)”, “Dewan Ulama: keluarkan semula amanat
Hadi”, “Amanat tiada unsur mengkafir”, dan “JAKIM jangan melatah”.
Buku berkulit depan berwarna hijau dengan gambar wajah Hadi, kini
Presiden Pas; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu dijual dengan harga RM4.
Ia mula dilihat berada di pasaran sekitar Dataran Ilmu yang juga tapak
ceramah Mursyidul Am Pas, Datuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam.
0 orang berkata:
Post a Comment