Wednesday, January 2, 2013
Berita sedih teramat sedih untuk pesakit dan keluarga pesakit
PETALING JAYA 2 Jan: Orang ramai tidak lagi berpeluang mendapat ubat
percuma dari hospital atau klinik kerajaan sebaliknya perlu menanggung
sendiri kos menerusi swasta ekoran dasar baru yang bakal dilaksana
Kementerian Kesihatan tidak lama lagi.
Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, maklumat
diterimanya menyatakan Kerajaan Persekutuan menangggung RM1.2 bilion
untuk membiayai ubat-ubatan pesakit dan ia meningkat 10 peratus setiap
tahun.
Oleh sebab itu, kementerian dikatakan terpaksa menghentikan pengedaran ubat-ubatan secara percuma.
“Antara ubat paling banyak diberi kepada pesakit ialah paracetamol (ubat demam) dan ubat penahan sakit, piriton (selsema) dengan kos 10 sen setiap biji. Kementerian membelanja lebih RM1.2 bilion dan ia meningkat 10 peratus setiap tahun.
“Maka satu sistem baru akan diperkenal dalam masa terdekat. Kementerian
Kesihatan tidak lagi membekalkan ubat kepada pesakit, tetapi perlu
membelinya sendiri di farmasi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat
KEADILAN hari ini.
Yahya berkata, sistem itu jauh berbeza pada masa kini apabila
kementerian menanggung segala kos rawatan, konsultasi dan perubatan.
“Kami mendesak dasar baru itu dibatal serta-merta kerana ia jelas
membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah selain kos
sara hidup setiap hari kian melonjak.
“Kita juga desak dasar sedia ada dikekalkan kerana kami yakin jika
kewangan negara diurus dengan tata kelola baik termasuk membasmi rasuah,
rawatan kesihatan percuma boleh diberi kepada seluruh rakyat
sebagaimana dinikmati di beberapa negara Eropah,” katanya.
Mengikut data Kewangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), ketika
ini, 72 peratus daripada 12 juta pekerja Malaysia bergaji RM700 hingga
RM1,500 sebulan dengan purata mereka mempunyai tiga orang anak. Dasar
baru ini pasti akan membebankan rakyat.
Turut hadir dalam sidang media, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
Sikamat, Aminuddin Harun dan Setiausaha Kewangan (MTUC), Alias Awang.
1 orang berkata:
Paracetamol kosnya sampai 10 sen sebiji , buatan tempatan untuk 1000 biji tak sampai RM
50
Post a Comment