Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

01 Jun, 2013

KJ Bidas Sultan Pahang?

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mempertikaikan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi hak tuan rumah kepada Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) bagi perlawanan tertunda separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.
Ini kerana, katanya persatuan itu telah gagal menjamin keselamatan pada perlawanan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur, Selasa lepas.
"Kutipan hasil yang patut diberikan kepada Pahang sebagai tuan rumah tak boleh lebih daripada kapasiti Stadium Darul Makmur iaitu 10,000 sedangkan kapasiti di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah lebih besar iaitu 80,000.
"Pahang tidak layak mendapat hasil kutipan jualan tiket lebih dari 10,000 kerana mereka telah dikenakan tindakan denda tapi FAM bagi keuntungan lebih kepada PBNP. Ini tidak masuk akal," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan rasmi bersama Timbalannya, Datuk M.Saravanan ke Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil hari ini.
Khairy juga menyifatkan sebagai tindakan kurang tegas FAM terhadap PBNP ekoran kekecohan melibatkan penyokong kedua-dua pasukan di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Selasa lalu, menyebabkan perlawanan terpaksa ditunda dan diadakan di gelanggang berkecuali.
Jawatankuasa Tatatertib FAM mendenda PBNP sebanyak RM100,000 manakala Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) didenda RM20,000 ekoran kekecohan itu.
"Kita tidak tahu kenapa terlalu ramai penonton boleh berada di stadium sedangkan tiket perlu dijual mengikut kapasiti stadium," katanya.
Menurutnya insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku dan FAM perlu segera menyiasat dan mencari jawapan kerana ianya telah mencemarkan nama baik bola sepak negara.
"Saya sebagai Menteri Belia dan Sukan amat kecewa dengan PBNP kerana mereka gagal menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai tuan rumah," katanya.
Khairy turut meminta agar FAM bertindak menjatuhkan hukuman yang setimpal terhadap pesuruhjaya perlawanan kerana gagal menyelaraskan semua aspek perlawanan termasuk soal keselamatan dan tiket. ~bernama


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.