25 Jun 2013
Ribuan sertai majlis Free Husam.
16 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily/-
Harakahdaily/-
(Orang ramai yang memenuhi majlis ceramah Free Husam di Pasir Tumbuh malam tadi)
KOTA BHARU: Dengan didengari oleh ribuan orang yang
memenuhi sebuah dewan di sebuah sekolah, Umno didakwa terlibat dalam
insiden penangkapan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.
Ketua Penerangan PAS Kelantan yang juga Exco kerajaan negeri, Datuk Dr
Mohd Fadhli Hassan mendakwa insiden penahanan Husam merupakan antara
permulaan perancangan Umno-Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum
keempat belas (PRU-14).
Bagi beliau, Ahli Dewan Undangan Negeri Salor itu tidak sepatutnya ditahan.
“Dengan tuduhan yang dibuat ke atas Datuk Husam itu, dia tak sepatutnya
ditahan. Cukuplah dia dipanggil untuk memberi kerjasama kepada pihak
polis," katanya.
Ketua Penerangan PAS Kelantan itu bercakap pada majlis ceramah perdana
sempena pembebasan Husam di Dewan Sekolah Menengah Ugama (Arab) Taqaddum
Ma’rif, Pasir Tumboh malam tadi.
(Datuk Dr Fadhli berucap di majlis ceramah Free Husam malam tadi)
Turut hadir Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) Abdul Latiff Abdul Rahman yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri.
Hadir sama Adun Pasir Tumboh Abdul Rahman Yunus, Adun Kelaboran Mohamed
Zaki Ibrahim, Adun Tawang yang juga Pemangku Dewan Ulama PAS Kelantan
Hassan Mahmood, Adun Gual Periuk Mohamad Awang.
Ketua Lajnah Guaman PAS Kelantan Hisyam Fauzi, mantan Setiausaha Politik
MB Kelantan Annual Bakri Haron dan Presiden Gabungan Profesional
Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) Nazeri
Deraman turut hadir.
Husam yang ditahan dua hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu
sejak 23 Jun dan dibebaskan kira-kira 5.00 petang 24 Jun semalam
dibebaskan dengan jaminan RM3,000 serta jaminan polis, dalam tempoh
sebulan.
“Sekarang ini setiap pergerakan yang dibuat (badan-badan kerajaan),
mesti ada perancangan Umno-BN, tambahan pula dia (Umno-BN) sedar bahawa
(prestasinya) pada PRU-14 nanti dia amat teruk.
"Jadi mereka akan buat perancangan daripada awal lagi supaya tidak
berlaku sebagaimana pilihan raya baru-baru ini, dia rasa nak mati
sangat-sangat. Jadi ini adalah perancangan dia, ini baru permulaan.
“Jadi ini sangat-sangat merisaukan kita," kata Fadhli.
0 orang berkata:
Post a Comment