Penimbang tara didakwa minta suapan RM6 juta
26/06/2013 5:13pmGEORGE TOWN - Seorang penimbang tara bertauliah hari ini mengaku
tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan meminta suapan
sebanyak RM6 juta daripada seorang ahli perniagaan, tahun lepas.
Yusof Holmes Abdullah, 69, seorang rakyat Britain yang memiliki status
penduduk tetap Malaysia, didakwa meminta suapan tersebut menerusi e-mel daripada Pengarah JMR Construction Sdn Bhd.,Goh Nai Kooi @ Goh Mai Kwai.
Dia didakwa menghantar e-mel melalui veltsen-roget@inbox.com kepada Goh di gohnk99@gmail.com di No.8, Jalan Sri Bahari, di sini, antara 1 Ogos dan 30 Sept
2012.
Suapan tersebut didakwa sebagai pendorong kepada Yusof Holmes untuk membuat keputusan memihak JMR Construction dalam kes timbang tara dengan syarikat Nanjing Changjiang Waterway Engineering Bureau.
Seorang ahli perniagaan, Siaw Teck Hwa, 59, turut didakwa bersubahat dengan
Yusof Holmes dalam meminta wang tersebut secara rasuah dalam tempoh yang sama tahun lepas. - Bernama
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_20.htm#ixzz2XJZ0Wo45
Hakcipta terpelihara

0 orang berkata:
Post a Comment