Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Palanivel akan ke Jakarta esok untuk “padamkan api”


Animated fire hose puts out fire
Oleh Lee Shi-Ian
June 25, 2013
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel yang diselar di atas talian kerana komen tidak semengahnya mengenai jerebu, akan terbang ke Jakarta esok dan keutamaannya adalah untuk “memadamkan api”.
Beliau mengatakan Malaysia mahukan penyelesaian serta merta kepada krisis dan tugasan utamanya adalah untuk membantu kerajaan Indonesia memadamkan kebakaran di sekitar Riau, Sumatera.
“Kami sudah bersiap sedia untuk membantu Indonesia dengan menyediakan tenaga kerja dan peralatan. Kita boleh bantu dalam memadam api dengan pembenihan awan untuk hujan,” katanya kepada pemberita di Wisma Sumber Asli di Putrajaya petang tadi.
“Masalah jerebu adalah isu negara dan menjejaskan pelancongan, perniagaan dan ekonomi. Apabila saya melawat Muar hujung minggu lalu, hospital penuh dengan orang yang terkena penyakit berkait dengan jerebu.”
Palanivel enggan menyatakan secara pelan tindakannya secara teliti apabila bertemu rakan sejawatannya dari Indonesia Balthasar Kambuaya tetapi berkata dia telah "menyediakan semua nota".
"Malaysia mempunyai pengalaman dalam menangani kebakaran tanah gambut dan kami bersedia menawarkan kepakaran kami ke Indonesia untuk membantu mereka menyelesaikan masalah antara negara dan merentasi sempadan.
"Malaysia dan Singapura tidak berpuas hati dengan Indonesia disebabkan pelbagai masalah yang dialami oleh kedua-dua negara kerana jerebu. Kita mahu mencari penyelesaian secepat mungkin."
Palanivel berkata, jika syarikat-syarikat Malaysia didapati terlibat dalam aktiviti-aktiviti pembakaran haram, pemerintah Indonesia tidak perlu teragak-agak untuk mendakwa syarikat-syarikat itu.
"Saya berhasrat untuk berjumpa lapan syarikat Malaysia yang mempunyai ladang di Indonesia untuk mendapatkan gambaran lebih jelas tentang apa yang berlaku di sana," katanya.
Walau bagaimanapun, Palanivel berkata, beliau tidak akan mengeluarkan apa-apa kata dua kepada pihak berkuasa Indonesia mengenai tindakan yang bakal diambil terhadap syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab.
"Akhirnya, ia terpulang kepada Indonesia tetapi kita perlu mencari penyelesaian kekal kepada masalah ini dan bukannya berurusan dengannya setiap tahun," kata Palanivel.
Beliau berkata terdapat rancangan untuk membawa perkara ini ke hadapan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Peringkat Menteri Mengenai Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan pada pertengahan Julai dari bulan Ogos.
Palanivel berkata beliau juga akan berbincang dengan Balthasar tentang Indonesia mengesahkan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan (Seatha) pada 2002. - 25 Jun, 2013.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.