Wednesday, June 26, 2013
Empat lelaki bersenjata api dan bom menyerang pintu masuk Istana
fuyoooo dasatnya... beraninya dia ... serang istana.. !!
TINGKATKAN KESELAMATAN: Kakitangan keselamatan Afghanistan memeriksa
seorang penunggang motosikal dekat pintu masuk Istana Presiden di Kabul
setelah kumpulan militan Taleban menyerang kawasan istana semalam. -
Foto AFP -26 Jun 2013
Taleban serang Istana Presiden
KABUL: Seramai empat lelaki Taleban yang bersenjata api dan bom menyerang pintu masuk Istana Presiden Afghanistan di tengah-tengah Kabul, semalam.
Bangunan berdekatan Istana Presiden, yang diketahui menempatkan markas Agensi Risik Pusat (CIA) Amerika Syarikat, juga diserang dengan letupan serta tembakan didengar di kawasan itu selama lebih sejam.
Kawasan itu dekat dengan bangunan kedutaan negara-negara Barat dan bangunan kementerian Afghanistan yang dikawal ketat. Pasukan keselamatan Afghanistan berkata semua penyerang terbunuh.
Serangan itu merupakan antara serangan paling berani di bandar Kabul, sejak Presiden Afghanistan, Encik Hamid Karzai, nyaris dibunuh pada April 2008 apabila pihak Taleban menyerang acara perbarisan tentera yang diadakan setiap tahun.
Tiada orang awam yang cedera dalam serangan semalam. Kawasan istana serta markas CIA juga tidak berjaya dibolosi tetapi pihak polis tidak dapat mengesahkan jika ada pengawal keselamatan yang terbunuh atau cedera.
Polis menyatakan dua kenderaan pacuan empat roda yang menggunakan lencana Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (Isaf) Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) palsu cuba melepasi pusat pemeriksaan dan memasuki kawasan istana sekitar 6.30 pagi semalam (waktu tempatan).
"Kenderaan pertama diperiksa dan dibenarkan masuk, dan sedang kereta kedua cuba memasuki kawasan istana, pengawal keselamatan menjadi curiga dan cuba menghalang kenderaan itu daripada berbuat demikian," kata timbalan ketua polis Kabul, Encik Mohammad Daud Amin, kepada agensi berita AFP.
"Pertempuran bermula dan kededua kereta diletupkan. Semua penyerang terbunuh," katanya.
Menurut polis kedua-dua kereta itu dipasang antena radio supaya kelihatan seperti kenderaan Isaf dan empat penyerang itu turut memakai seragam tentera.
Encik Karzai, yang tinggal di istana, dijadualkan mengadakan sidang media di Kabul, pagi semalam.
Pihak berkuasa mengesahkan Encik Karzai berada dalam bangunan istana ketika kejadian berlaku tetapi menyatakan beliau tidak berada dalam sebarang bahaya.
Semua jalan menuju ke istana ditutup dengan beberapa lingkaran keselamatan ketat diletakkan di sekitar kawasan istana bagi menjauhkan orang ramai.
Serangan semalam berlaku sedang utusan Amerika Syarikat, Encik James Dobbins, melakukan kunjungan ke Kabul setelah berlaku perbalahan diplomatik antara Kabul dengan Washington mengenai pejabat baru Taleban di Qatar.
Pejabat Taleban di Qatar menggunakan nama Amiriah Islam Afghanistan, yang digunakan pihak Taleban semasa berkuasa di Afghanistan pada `1996 sehingga 2001 dan mengibarkan bendera putih Taleban.
Tindakan pihak Taleban itu menimbulkan kemarahan Encik Karzai terhadap pejabat yang sepatutnya melambangkan langkah pertama dalam usaha mencapai perdamaian bagi menamatkan peperangan selama 12 tahun di Afghanistan. - AFP.

0 orang berkata:
Post a Comment