Ketahanan dakwat kekal bergantung kepada individu
KUALA LUMPUR - Kesan ketahanan penggunaan dakwat kekal adalah
bergantung kepada individu dan usaha yang dilakukan bagi tujuan
menghilangkan dakwat kekal itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Seri Shahidan Kassim.
Beliau berkata ujian yang dibuat ke atas pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya dan pekerja media pada 2 Mei lepas membuktikan dakwat itu kekal seperti yang ditetapkan.
"Tarikh luput dakwat kekal ialah dalam tempoh empat bulan daripada tarikh ia dikilangkan dan diimport dari negara luar," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Soalan itu menyentuh kos perbelanjaan PRU13 dan dakwat kekal.
Shahidan berkata dakwat itu antara lain dihasilkan dengan menggunakan bahan pewarna makanan yang diluluskan.
Beliau berkata sebanyak RM400 juta telah diluluskan Kementerian Kewangan untuk menampung segala perbelanjaan PRU13 lepas. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment