Isu tergempar ini mungkin sangat perlu, katakanlah Malaysia berperang ngan Indon, maka Indon hanya bakar hutan dia sahaja maka Malaysia sudah jadi lemas dan kalah ! - Pak Karamu
Parlimen: PR bakal bawa usul tergempar
KUALA LUMPUR - PR bakal membawa satu usul tergempar mengenai jerebu, Rabu ini, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Ahli Parlimen Bagan itu berkata, perkara tersebut antara isu terawal yang akan dibawakan PR pada sidang Parlimen kali ini.
"Isu jerebu ini penting untuk dibincangkan dan diberi perhatian khusus.
"Kita harap ada satu tindakan yang dapat diambil bagi mengurangkan kesan jerebu, di samping memikirkan bagaimana krisis jerebu dapat dihindari daripada berulang lagi," katanya.
Beliau berkata, usul tergempar itu akan dibawa oleh Ahli Parlimen Kulai, Teo Ni Ching.
"Kami harap usul ini akan diterima Speaker dan dapat dibincangkan bersama supaya rakyat tahu apakah langkah yang dapat mengurang masalah ini," katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment