Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SAMA KAWANPUN MAU HANTAM KAAAA !

26 Jun, 2013

MCA Belasah KM Melaka

KUALA LUMPUR: MCA membantah keputusan Kerajaan Melaka menutup pasar malam Jonker Walk di negeri itu.
Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berharap Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron mengkaji semula keputusan berkenaan.

"Kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan kerajaan negeri mendengar bantahan dan rintihan rakyat.

"Kami tidak bersetuju dengan tindakan itu. Kami sangat harap isu ini dapat diselesaikan segera," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Rabu.
Beliau mengulas mengenai keputusan Kerajaan Melaka baru-baru ini menutup Jonker Walk yang menjadi lokasi pelancongan popular di negeri itu walaupun mendapat bantahan peniaga pasar malam di situ.

Sementara itu pada sidang media yang sama, Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong melahirkan rasa kecewa dengan alasan yang diberikan kerajaan negeri bahawa penutupan Jonker Walk dibuat kerana kewujudannya mengakibatkan kesesakan lalulintas.

"Jonker Walk bukanlah punca kepada kesesakan lalulintas yang berlaku di bandaraya Melaka," katanya.

Wee yang juga pakar dalam bidang pengurusan trafik juga menawarkan diri untuk membantu kerajaan negeri bagi menyelesaikan isu berkenaan jika ia menjadi punca penutupan Jonker Walk.

Sebelum ini Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menjelaskan penutupan pasar malam di kawasan itu hanya bersifat sementara iaitu selama empat minggu sebagai tempoh percubaan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas. ~mStar

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.