Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Gara-gara tiket perlawanan akhir Piala FA habis dijual, Penjual tiket dikejar hingga ketengah padang..


Malang betul nasib si penjual tiket ni.. gara-gara tiket bagi perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan menentang pasukan Johor Darul Takzim (JDT) yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur habis dijual mereka dikejar hingga ke tengah padang..

 
Moving picture skeleton running animated gif


KOTA BHARU: Penjualan tiket Final Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV) hari ini kecoh selepas tiket yang dijual habis dalam tempoh kurang 15 minit sehingga penyokong Kelantan berang lalu menyerbu masuk ke dalam stadium dan mengejar penjual tiket.

Penjualan tiket bermula jam 9 pagi itu pada mulanya tenang, namun suasana bertukar kecoh dan tidak terkawal selepas pengumuman tiket habis dijual dibuat kira-kira jam 10.30 pagi.

Kira-kira 3,000 penyokong The Red Warriors (TRW) hadir untuk membeli tiket, namun mereka mendakwa hanya 16 tiket dijual kepada empat pembeli dalam tempoh kurang 15 minit sebelum tiket diisytiharkan habis dijual.

Penyokong bertambah berang apabila KAFA menggantikan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dengan tiket perlawanan Liga Super antara Kelantan dengan Pahang, hari ini.

Beg tiket yang dibawa penjual tiket berjaya dirampas selepas dikejar penyokong sehingga ke dalam padang, namun beg itu hanya mengandungi tiket perlawanan Liga Super berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintenden Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan menerima tiga laporan polis berhubung kekecohan yang berlaku di SSMIV.

"Kita serahkan masalah ini kepada KAFA untuk menyelesaikannya kerana kita tidak terbabit dalam penjualan tiket," katanya ~ myMetro

Hmmm.. patutlah kena kejar.. yang beratur nak beli 3,000 orang tapi tiket yang dijual cuma 16 keping,  Ada yang kata 8,000 tiket diperuntukkan untuk dijual disitu..

Mana lagi perginya tiket yang lain tu?.. dah dijual kepada ulat ke??

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.