Jerebu: Indonesia bertindak sepenuhnya
JAKARTA - Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB) bagi pihak
kerajaan Indonesia kini, dilaporkan melaksanakan operasi secara
besar-besaran memadamkan kebakaran hutan di kepulauan Sumatera yang
mencetuskan jerebu di dua negara jirannya, Malaysia dan Singapura.
Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono berkata, usaha memadamkan kebakaran di Riau berterusan dengan harapan asap yang mengakibatkan jerebu dapat dikurangkan di seluruh negara termasuk di negara jiran.
"Selepas seminggu masih tiada apa-apa tindakan daripada pihak berwajib, saya memutuskan untuk meningkatkan usaha mengurangkan jerebu menerusi anggota komando sebagai pengawal aktiviti yang sebelum ini lakukan oleh pentadbiran tempatan.
"BNPB juga akan mengambil alih kawalan kecemasan walaupun ada pihak-pihak tempatan yang tampil menyumbang membantu memadamkan api," katanya dipetik dari JakartaPost.
Susilo berkata, sehingga kini, wilayah Riau diisytiharkan sebagai kawasan darurat berikutan tindakan pihak tidak berwajib melakukan pembakaran tanah serta hutan secara terbuka.

0 orang berkata:
Post a Comment