Sunday, September 22, 2013
Macai2 dlm PR......tolong jangan spin berita ini......Hanya berdialog bukan bekerjasama, itu pun ada 4 syarat
Maaf pada PKR dan PAS......ada segelintir macai yang ada dalam PKR dan PAS yang cari makan....kalau Pakatan Rakyat menang, macai tu turut kenyang.....kalau PR kecundang, macai tu pun turut kenyang jugak......sorong makan, tarik pun makan...talam dua muka...gunting dalam selimut...hipokrit a.k.a. munafik moden.
DSAI sanggup berdialog dengan Umno.....apakah salah TGHH pun sanggup berdialog tetapi dilaporka serta di'spinned'kan jadi bekerjasama.
Sila belajar bahasa Melayu balik semula dan pergi kedai Meden, beli spek untuk membaca yang power dia 3.0-4.0......tolong baca berita di bawah elok-elok dalam keadaan waras dan tidak mengantuk.
al-brangionline:
Jenis macai haraki
______________________________________________________________________________
Hadi Awang: PAS Tetapkan 4 Sumber Rujukan Syarat Berdialog Dengan Umno |
Saturday, 21 September 2013 16:40 |
ALOR SETAR: PAS sedia berdialog dengan Umno dalam isu membabitkan masa depan Islam
dan juga Melayu dengan syarat ia perlu berlandaskan kepada empat sumber rujukan utama
iaitu al-Quran, Hadis, Ijma Ulama dan Qiyas.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar), berkata PAS tidak pernah menutup pintu
rundingan dengan Umno, malah sedia melakukannya pada bila-bila masa berlandaskan isu dan
kepentingan bersama.
"PAS tetap bersedia untuk berbincang walaupun hanya membabitkan parti itu dan Umno sahaja,
tanpa disertai ahli pakatan pembangkang masing-masing dalam politik.
"Kita sedia bincang dengan Umno, cuma cari isu yang sesuai. Atas dasar ini kita tak pernah
tutup pintu dengan Umno," katanya selepas menyempurnakan penutupan Karnival Pendidikan Islam
Muassasah Darul Ulum di Pokok Sena dekat sini, sebentar tadi.
- Berita Harian http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ |
0 orang berkata:
Post a Comment