Zahid 'populis' pertahan larangan abu Chin Peng
KUALA LUMPUR – Larangan kerajaan membenarkan abu mayat bekas pemimpin
Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng masuk ke Malaysia bagi mengelakkan
pihak tertentu membina tugu peringatan hanyalah satu kenyataan yang
'populis' sedangkan mendiang bukan lagi ancaman kepada keselamatan
negara.
Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari menyifatkan isu keganasan dan kekejaman PKM sebagai kes yang telah selesai dan tidak masuk akal jika abu mendiang juga digeruni oleh mana-mana pihak.
“Pada saya kerajaan dan menteri menunjukkan reaksi yang melampau (over react) kerana bukan sahaja Chin Peng sudah mati bahkan perjuangan ideologi komunis yang dibawanya dahulu itu juga telah terkubur.
“...orang itu (ChinPeng) sudah mati, tak kan takut dengan abu dia,” katanya kepada Sinar Harian Online ditemuinya di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengatakan jika abu bekas pemimpin PKM itu dibawa masuk ke Malaysia, dikhuatiri akan mendorong pihak tertentu membina tugu bagi memperingatinya.
"Ia bukan sahaja mengenai abu mayatnya. Kami bimbang seseorang akan membina tugu peringatannya dan memberi penghormatan kepadanya," katanya ketika ditemui pemberita di luar Dewan Rakyat hari ini.
Dalam pada itu, Zairil yang juga Timbalan Setiausaha Publisiti DAP mendakwa tindakan menteri terbabit sebagai cuba 'menunjukkan belang' menjelang pemilihan Umno pada akhir bulan depan susulan Zahid akan mempertahankan jawatannya sebagai naib presiden parti itu.
Zairil juga menegaskan kerajaan tidak wajar mengungkit kekejaman lampau mendiang sedangkan Chin Peng dan PKM pernah membuat Perjanjian Damai Haadyai 1989 dengan kerajaan untuk kembali ke tanah air namun banyak kali dinafikan pelbagai pihak.
“Biarlah kesalahan dan kekejaman itu isu lampau, ia sudah habis, perjanjian sudah dibuat, bagi saya isu itu sudah tutup,” katanya lagi.

0 orang berkata:
Post a Comment