Wisma Putra gesa rakyat Malaysia tanpa rancangan penting tangguh perjalanan ke Mesir
23/09/20KUALA LUMPUR - Wisma Putra sekali lagi menasihat warga Malaysia yang
tidak mempunyai rancangan penting di Mesir supaya menangguh atau
menjadual semula pelan perjalanan ke negara itu.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini berkata, ini memandangkan keadaan keselamatan serta ketidaktentuan suasana politik di negara itu sekarang.
Kerajaan Mesir telah juga melanjutkan perintah darurat selama sebulan yang diisytiharkan pada 14 Ogos, ke dua bulan lagi berkuatkuasa 12 Sept, kata kenyataan itu.
Kenyataan itu menambah pihak berkuasa Mesir kini membuat opsyen keselamatan di beberapa kawasan iaitu Kirdasah di Kaherah; bandar Delga di wilayah Minya dan Wilayah Sinai Utara.
"Warga Malaysia kini di Mesir dinasihat mengelakkan kawasan-kawasan tersebut,” ujar kenyataan tersebut.
Kementerian juga menasihatkan mereka menghubungi Kedutaan Malaysia di Kaherah untuk maklumat terkini. Kedutaan terletak di 21 El Aanab Street, Mohandesseen, Giza dan boleh dihubungi di (202) 3761 0013/19/68/73 atau faks di (202) 3761 0216 atau e-mel di malcairo@kln.gov.my. - Bernama
13 6:39pm

0 orang berkata:
Post a Comment