Sunday, March 30, 2014
BERAPI!!! Minit Mesyuarat Kumpulan KHAS Untuk Hancurkan Anwar Tersebar, Sidek Baba Sebagai Timbalan Pengerusinya.. Jom Terjah!!
Minit mesyuarat Alies Anor & Sidek Baba
Terdapat sebuah Kumpulan Khas yang dibentuk oleh Datuk Alies Anor Abdul, bekas Setiausaha Politik Datuk Najib Razak. Sidek Baba adalah salah seorang anggota kumpulan ini yang dibayar gaji sebanyak RM15,000 sebulan.
Terdapat sebuah Kumpulan Khas yang dibentuk oleh Datuk Alies Anor Abdul, bekas Setiausaha Politik Datuk Najib Razak. Sidek Baba adalah salah seorang anggota kumpulan ini yang dibayar gaji sebanyak RM15,000 sebulan.
Kumpulan ini merancang bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim.
Mereka dihimpunkan untuk hancurkan Anwar Ibrahim. Mari sama-sama kita teliti Minit Mesyuarat kumpulan tegar ini dan siapakah yang bersama-sama Sidek Baba dan Alies Anor dan apa yang telah mereka rancangkan.
Mereka dihimpunkan untuk hancurkan Anwar Ibrahim. Mari sama-sama kita teliti Minit Mesyuarat kumpulan tegar ini dan siapakah yang bersama-sama Sidek Baba dan Alies Anor dan apa yang telah mereka rancangkan.
Minit Mesyuarat Kumpulan Tegar Siri 4/2012
Tarikh: 15 Disember 2012
Masa: 8.30 malam
Tempat: Bilik Operasi
Senarai Kehadiran
Datuk Seri Alies Anor Abdul – Pengerusi
Datuk Dr Sidek Baba – Timbalan Pengerusi
Abdul Rahman Karimun
Raja Arif Kamaruddin
Osman Abdul Majid
Rahiman Salleh
Majid Hj Daud
Syed Abul Hussin Syed Kismas
Abdul Rashid Buyung - Setiauasaha
1.Ucapan Pengerusi
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan AlFatihah.
Pengerusi mengucapkan terima kasih diatas kehadiran semua. Minit Siri 3/2012 diteliti dan diluluslan tanpa pindaaan.
Pengerusi
mengingatkan bahawa pilihanraya sudah hampir dan tujuan mesyuarat malam
ini bagi membincangkan projek yang belum selesai dan program yang akan
dilaksanakan untuk tahun 2013.
2. Perkara-perkara berbangkit.
Datuk Dr Sidek Baba
Datuk Dr Sidek Baba memaklumkan program
menghimpunkan 100 Pimpinan dan ahli ABIM dan para cendiakawan yang ada
hubungan dengan ABIM telah berlangsung di UiTM Shah Alam . Jumlah yang
hadir ialah 89 orang. Yang agak mengecewakan tidak ramai pimpinan ABIM
yang hadir.
Program berjalan lancar dan mencapai tujuan. Arahan jelas telah diberikan.
Tiga tindakan segera sebelum pilihanraya akan dilaksanakan.
Pertama, mereka akan menulis, mengutuk dan menghentam Anwar Ibrahim dalam blog-blog.
Kedua, sidang-sidang
media akan diadakan dengan kekerapan setiap hari bagi mendedahkan
keburukan Anwar dan familinya sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.
Ketiga, bahan-bahan
bercetak akan diedarkan menceritakan keburukan Anwar dan akan diedarkan
di kawasan-kawasan Melayu sahaja. Semua penulis telah dikenalpasti.
Percetakan
edaran akan dibuat oleh Dewan Bahasa. Senarai yang hadir dalam
perjumpaan dan senarai penulis-penulis seperti yang diedarkan.
Datuk Dr Sidek juga memaklumkan beliau
akan mengadakan perjumpaan dengan bekas-bekas pimpinan Keadilan yang
meninggalkan Anwar bagi menyusun strategi dan gerakkerja untuk menyerang
Anwar sebelum dan selepas pembubaran Parlimen.
Mereka yang telah dihubungi dan bersetuju untuk sertai perbincangan ini ialah Senator
Ezam Mohd Nor, Lokman Adam, Zahid Mohd Arip,
Bekas Adun Perak Kapt.
Osman Jailu, Jamaluddin Radzi dan Bekas Adun Kedah Mohd Radzi Salleh.
Ada berapa nama lagi yang sedang diusahakan.
Datuk Dr Sidek juga memaklumkan Majlis Penerangan bersiri:
Siapa
itu Anwar Ibrahim akan bermula dengan gugu-guru MRSM Melaka dalam
sedikit masa lagi. YAB Ketua Menteri telah dimaklumkan. Beliau mahu
hadir bersama nanti.
Datuk
Dr Sidek mencadangkan Urusetia berhubung dengan pejabat Tun Dr Mahathir
agar satu pertemuan diadakan bagi menjelaskan gerakkerja yang kita
lakukan.
Juga
bagi mendapat pandangan beliau apa lagi yang boleh dilakukan kerana Tun
punyai banyak strategi menjatuhkan Anwar satu masa dulu. Mungkin
pandangan Tun boleh dikongsi bersama.
En Osman Abdul Majid
En Osman memaklumkan kumpulan
pelajar UUM yang diberi tugas untuk membina blog-blog telah bersedia
untuk uploadkan berita Anwar. Empat dari mereka telah bertemu dengan
bloger Papagomo di Pulau Pinang. Urusan pembayaran selesai.
En Osman memperingatkan mesyuarat kumpulan Pemuda UMNO yang ditugaskan untuk ganggu ceramah-ceramah Anwar tidak bagitu berkesan.
Kelihatannya
mereka takut kerana ada kes dimana mereka dipukul oleh penyokong Anwar
dari kaum India, polis tidak bertindak mempertahankan mereka. Adalah
dicadangkan khidmat Perkasa digunakan.
En
Osman mohon Pengerusi ambil tindakan memaklumkan kepada Menteri
Pertahanan akan terdapat kemasukkan Panglima Tentera secara ramai-ramai
ke Pakatan Rakyat.
Pegawai-pegawai tentera pangkat rendah sudah berani menghadiri
ceramah-ceramah pembangkang.
Dengan kemasukan Panglima mereka, ini akan
memberi impak yang hebat.
En Osman juga bimbang dengan moral
pihak polis yang bertugas di negeri-negeri yang diperintah oleh
pembangkang.
Mereka
nampak akur dengan arahan pimpinan negeri. Sesuatu harus dilakukan.
Mohon Pengerusi bawa perkara ini kepada pengetahuan Menteri Dalam
Negeri.
Syed Abul Hussin Syed Kismas
Tuan
Syed Hussin bangkitkan isu garis panduan media perdana. Terdapat
isu-isu yang kontrovesial yang tidak diuruskan dengan baik oleh media.
Sebagai contoh isu Kalimah Allah. Masyarakat Islam agak keliru dengan
jawapan yang diberikan oleh Kerajaan.
Minta Urusetia aturkan satu
pertemuan diantara Majlis Keselamatan Negara dengan semua pimpinan media
agar kegiatan diselaraskan.
Semasa Pengerusi menjadi Setiausaha Politik
Perdana Menteri, Pengerusi mainkan peranan ini tapi kini tidak terurus.
Tuan
Syed Hussin ingatkan mesyuarat Anwar mempunyai pengaruh yang kuat
dengan pemimpin Negara Islam dunia. Beliau bebas bergerak bertemu dengan
mereka pada bila-bila masa.
Pengerusi diminta menasihati Perdana
Menteri supaya mesti ada program yang melibatkan Perdana Menteri dengan
dunia Islam.
Antara yang boleh diambil tindakan segera ialah:
1) Lawatan ke Palestin
2) Pertemuan dengan Pimpinan Islam di Filipina Selatan
3) Pertemuan dengan Pimpinan Islam di Selatan Thailand
4) menunaikan Umrah. Kegiatan ini boleh menaikkan sokongan Melayu kepada Perdana Menteri.
Raja Ariff Kamaruddin
YM Raja Ariff bangkitkan bagaimana media nyamok seperti Suara
Keadilan, Harakah dan beberapa media lain bagitu berani menyiarkan
berita Anwar.
Kritikan Anwar di media ini memberi kesan kepada orang
Melayu. Sekatan mesti dikenakan ke atas mereka.
YM Raja Ariff juga bangkitkan isu
Anwar menang dalam perbicaraan saman Utusan Melayu dan beberapa saman
yang lain.
Adakah jalan yang boleh digunakan untuk mempengaruhi mahkamah
untuk tidak umumkan keputusan sebelum pilihanraya. Jasa baik Menteri
harus diguna untuk minta hakim-hakim tangguh pengumumkan.
Kita tidak pengaruhi keputusan hakim tapi minta tangguh pengumuman sahaja.
YM
Raja Ariff menyebut media perdana banyak melaporkan kes kematian kaum
India yang kononnya diakibatkan oleh Kerajaan.
Anwar telah gunakan isu
ini untuk mendapat sokongan dari kaum Bukan Melayu. Satu arahan tegas
hendaklah dikeluarkan kepada media agar kes sebagini yang melibatkan
Kerajaan dipadamkan dari pengetahuan umum.
3. Lain-lain hal
Pengerusi
maklumkan beberapa projek dan program besar akan diumum dan
dilaksanakan pada tahun hadapan dan minta mesyuarat beri pandangan dan
feedback dalam mesyauart yang akan datang.
Parlimen besar kemungkinan akan dibubarkan pada awal bulan Mac 2013
Akan ada pergerakan Polis dan Tentera bersekala besar di Sabah pada bulan Januari dan Februari 2013.
Satu
team baru yang akan diketuai oleh Papagomo telah ditubuh untuk
rekacipta video clip skandal sex Anwar Ibrahim, keluarganya dan Pimpinan
Kanan Keadilan. Projek ini akan beroperasi diluar Negara.
Pengerusi
meminta Datuk Dr Sidek Baba ketuai sekumpulan pemikir bagaimana mahu
pecahkan Pakatan Rakyat dan Anwar disisihkan oleh Pimpinan Pakatan yang
lain. Dr Ramzan di Pejabat Tun akan membantu Dr Sidek.
Tuan
Majid Daud diminta bina satu team bukan dari kalangan Pemuda UMNO untuk
halang dan ganggu pergerakan Anwar dengan Bas Keadilan. Gunakan apa
cara untuk memperlahan gerakan beliau.
Elak dari berlaku
pertembungan dua kumpulan kita dan mereka kerana kumpulan penyokong
Anwar terlalu besar. Ini mungin membahayakan kumpulan kita.
Jika apa-apa
berlaku tidak tidak akan bertanggung jawab dan kita tidak akan mengaku
mereka dari kumpulan kita.
Pengerusi
memaklumkan semua ahli mesyuarat boleh mengambil tiket kapal terbang
dari Zaleha, Setiausaha beliau dan mengucapkan selamat bercuti bersama
famili.
Mesyuarat akan datang ialah pada minggu pertama bulan Januari 2013 dan akan dimaklumkan tarikhnya.
Mesyuarat ditangguhkan dengan membaca Wal’As.
~wargamarhaen
Komen:
Subhanallah, ini lah orang2 yang paling dimurkai Allah SWT yang dikepalai oleh Mamakdey Kerala. Mereka sanggup membelanjakan ratusan ribu ringgit hanya untuk mematikan karier politik DS Anwar Ibrahim... Di harap macai macai UMNO baca dan faham kenapa.... Bermakna fitnah liwat 1 dan 2 juga video seks adalah perancangannya jahat dari kumpulan ini yang takut dengan KEBANGKITAN RAKYAT pimpinan DS Anwar Ibrahim.... Diharap selepas ini yang masih percaya akan fitnah2 terhadap DS Anwar Ibrahim - cepat2 lah memohon maaf dan tinggalkan UMNO, mari kita bersama bangkit menuntut perubahan demi masa depan AGAMA, BANGSA DAN NEGARA tercinta....
Komen:
Subhanallah, ini lah orang2 yang paling dimurkai Allah SWT yang dikepalai oleh Mamakdey Kerala. Mereka sanggup membelanjakan ratusan ribu ringgit hanya untuk mematikan karier politik DS Anwar Ibrahim... Di harap macai macai UMNO baca dan faham kenapa.... Bermakna fitnah liwat 1 dan 2 juga video seks adalah perancangannya jahat dari kumpulan ini yang takut dengan KEBANGKITAN RAKYAT pimpinan DS Anwar Ibrahim.... Diharap selepas ini yang masih percaya akan fitnah2 terhadap DS Anwar Ibrahim - cepat2 lah memohon maaf dan tinggalkan UMNO, mari kita bersama bangkit menuntut perubahan demi masa depan AGAMA, BANGSA DAN NEGARA tercinta....
2 orang berkata:
Betapa beraninya mereka melaksanakan fitnah keji dan tindakan samseng. Sesungguhnya ia berpandukan dgn hasutan syaitan. Demi kuasa dan harta, mereka sanggup lakukan apa shj yg menyalahi ajaran agama.
Puak2 munafik ni akn lakukan apa2 saja..yg pnting maasyuukk..
Post a Comment