Kedutaan Mesir enggan terima memorandum
- Dianggarkan 1,000 peserta menyertai bantahan hukuman mati terhadap 529 tahanan Ikhwanul Muslimin di pekarangan Kedutaan Mesir, di ibu negara semalam. - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI
KUALA LUMPUR – PR bersama 56 NGO kesal apabila pihak Kedutaan Besar
Mesir enggan menerima memorandum bantahan yang diserahkan, semalam.
Memorandum tersebut adalah bantahan berhubung tindakan mahkamah negara itu, menjatuhkan hukuman mati terhadap 529 penyokong bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi.
Penganjur himpunan tersebut, Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, tindakan pihak kedutaan itu amat dikesali kerana ia seolah-olah menafikan suara rakyat Malaysia yang membantah tindakan tidak berperikemanusiaan itu.
“Kami sudah berurusan dengan pihak kedutaan, namun mereka tidak mahu menerimanya secara berdepan dan hanya minta memorandum tersebut diletakkan di dalam peti surat,” katanya kepada pemberita semasa Himpunan Bantahan Hukuman Mati 529 Anggota Ikhwanul Muslimin yang turut disertai hampir 1,000 orang.
Himpunan bermula kira-kira jam 2.30 petang itu, berakhir secara aman pada kira-kira jam 4 petang.

Turut hadir, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Shamsul Iskandar berkata, beliau kecewa dengan keengganan Kedutaan Mesir menerima memorandum tersebut secara terbuka.
Beliau berkata, pihaknya tidak meletakkan memorandum tersebut di dalam peti surat.
“Kita kecewa kerana mereka tak terima memorandum ini dan mahu ia diletakkan di dalam peti surat.
“Seluruh dunia kecam perbuatan Mesir dan kita kesal kerana tiada penegasan daripada kerajaan mengutuk tindakan ini,” katanya.
Sementara itu Salahuddin berkata, pihaknya akan cuba menyampaikan mesej tersebut yang dilabelkan sebagai tindakan kejam menerusi saluran lain antaranya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Dalam pada itu, Gabungan Malaysian For Egypt (M4E), turut mengecam sekeras-kerasnya penghakiman zalim oleh mahkamah tersebut.

Pengerusi M4E, Wan Subki Wan Salleh berkata, penghakiman tergesa-gesa
adalah tindakan yang bertentangan dengan prinsip semua agama, keadilan
dan hak asasi manusia tanpa memberi ruang secukupnya untuk pembelaan
oleh para peguam.
“M4E mendesak semua negara di dunia termasuk Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pelanggaran hak asasi manusia ini.
“Kerajaan hendaklah bertindak tegas menghantar nota bantahan kepada pihak kedutaan Mesir,” katanya.

1 orang berkata:
cheap jordan shoes
saints jerseys
ugg boots
nike outlet store
ralph lauren
michael kors outlet online
true religion outlet
ugg boots
nike roshe
reebok outlet
Post a Comment