NGAPA MESTI LAKUKAN MESYUARAT TERGEMPOOOOO ! TETUTUP TAK ? KALO TEGEMPO MESTI LA TETUTUP ! MESUARAT NI JUGA NAMA NYE TERKEJUT ! Pak Karamu
22/07/14
Abdul Khalid hormat keputusan PKR tapi...
SHAH ALAM –
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akur dengan
keputusan PKR yang menamakan Presidennya sebagai calon menteri besar
baharu namun beliau mengingatkan bahawa perkara itu tertakluk kepada
undang-undang.
Menurutnya, beliau berpegang teguh
kepada enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menetapkan
tatacara yang khusus bagi pelantikan atau penggantian menteri besar.
“Saya hormati keputusan itu. Saya
percaya mereka yang terlibat dalam usaha ini perlu melalui proses-proses
tersebut untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan.
“Sehingga proses tersebut berlaku dan
selesai, saya akan terus menjalankan tugas sebagai menteri besar dengan
penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang telah diamanahkan
oleh rakyat Selangor yang telah memilih saya melalui proses pemilihan
yang sah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu, beliau berharap rakyat
negeri ini tidak mudah terpengaruh dengan berita-berita bersifat fitnah,
provokasi dan kontroversi yang tersebar.
Malah, beliau menegaskan kontroversi mengenai jawatan menteri besar itu tidak menjejaskan pentadbiran negeri tersebut.
“Negeri Selangor mempunyai tatacara
pelantikan menteri besar secara tertib dan beradab seperti yang
termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.
“Pada masa yang sama, saya ingin
menegaskan kepada seluruh rakyat Selangor dan para pelabur bahawa isu
ini tidak sedikit pun menjejaskan sistem pentadbiran negeri,” katanya.
Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim mengumumkan PKR telah memilih Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai
calon menteri besar baharu selepas mencapai keputusan itu pada mesyuarat
tergempar Majlis Pimpinan Pusat (MPP) lewat malam tadi.
2 orang berkata:
Pas bayak kerusi dari pkr kat selangor tapi pas penakut dan tak boleh buat apa,cakap je meletup tapi telo takda
Pas patut lebih agresif. Jangan lsgi kat puak2 ini yg hanya nk jawatan. Pkr akan tinggal 1 kerusi je nanti pada pru14. Rskyat dah muak. Inilah masanya pas perlu kedepan. Jangan hsnya jadi pak hangguk.
Post a Comment