Yang dok main sorong tarik dan tarik tali dengan Mahkamah dan kerajaan New Zealand tu sape?
Yang cakap putar-putar tu sape.......Anwar atau menteri dari Putrajaya?
Sekali cakap dihantar pulang, hari ini pulak cakap 'beliau “lari” dari New Zealand dan pulang ke Malaysia dengan menggunakan imuniti diplomatik selepas penahanannya pada 9 Mei'
Mereka anggap semua rakyat bodoh ka?
Anwar burukkan imej negara dalam isu jenayah seks diplomat, kata Putrajaya
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
Published: 3 July 2014
Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa memburukkan imej Malaysia
apabila berkata kerajaan cuba berselindung berhubung isu diplomat yang
didakwa di New Zealand atas kesalahan mencabul kehormatan, kata
Putrajaya.
Dalam satu
kenyataan yang dikeluarkan lewat malam tadi jurucakap kerajaan Malaysia
berkata, tindakan Anwar adalah untuk mendapatkan manfaat politik
peribadinya.
"Anwar turut berkata, Malaysia mengendalikan kes itu secara 'mengejutkan' dan 'kemelut.'
"Anwar secara konsisten sering sengaja memburukkan reputasi Malaysia kepada media antarabangsa," kata kenyataan itu.
Kenyataan
Putrajaya itu berkata, Anwar mengeluarkan kenyataan dalam temuramah
bersama media New Zealand, stuff.co.nz, bercanggah dengan kerajaan New
Zealand yang berterima kasih kepada Malaysia atas "integriti yang
ditunjukkan ketika menangani kes ini".
New Zealand
juga berkata, Malaysia bertindak "dengan sepenuh kepercayaan" dan
"komited" untuk mendakwa pesalah kepada proses pendakwaan yang lebih
teratur.
Kenyataan
dikeluarkan Putrajaya itu turut mengambil contoh sikap Anwar yang turut
memburukkan Malaysia berhubung isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines
MH370.
Putrajaya hari
ini memutuskan untuk menghantar suspek penyerang seks pulang ke New
Zealand bagi membantu siasatan membabitkan kes rogol dan rompak di
Wellington.
Dalam satu
kenyataan hari ini, Wisma Putra berkata Muhammad Rizalman Ismail, 38,
akan dihantar ke New Zealand dengan ditemani pegawai atasan Kementerian
Pertahanan (Mindef).
"Kerajaan
Malaysia memutuskan menghantar balik Pegawai Waran Kedua Muhammad
Rizalman Ismail, bekas pembantu staf Pertahanan di Suruhanjaya Tinggi
Malaysia di Wellington untuk membantu siasatan dalam pendakwaan rompakan
dan rogol," kata kenyataan Putrajaya semalam.
Keputusan
menghantar tersebut disampaikan oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman
kepada Menteri Luar New Zaeland, Murray McCully.
Menurut
kenyataan itu, tindakan menghantar Rizalman ke New Zealand itu diharap
dapat membantu siasatan ke atas tuduhan yang dihadapinya.
Kerajaan Malaysia juga akan menyediakan bantuan guaman kepada Rizalman.
Sebelum ni,
media mendedahkan diplomat negara, Rizalman terlibat dalam jenayah rogol
dan rompak di New Zealand tetapi dihantar pulang ke Malaysia kerana
memiliki imuniti diplomatik.
Isu tersebut menimbulkan kontroversi di New Zealand, terutama kegagalan mendakwa tertuduh penyerang seks tersebut.
Pentadbiran
Perdana Menteri New Zealand John Key juga dikritik hebat, terutamanya
kerana lambat bertindak selepas hampir sebulan kes tersebut berjalan.
Diplomat
tersebut didakwa mengikuti wanita berusia 21 tahun ke rumah dan kemudian
mencabulnya. Beliau juga didakwa melakukan rompakan dalam insiden yang
sama.
Bagaimanapun,
beliau “lari” dari New Zealand dan pulang ke Malaysia dengan menggunakan
imuniti diplomatik selepas penahanannya pada 9 Mei. – 3 Julai, 2014.
1 orang berkata:
kesian gua tengok lu jadi pejilat tegar.. pastikan lu dapat tiket first class dari golongan fasikh bulan yg mulia ini..
Post a Comment