Siapa Dalangi Gerakan Militan ISIL?
- Written by Wartawan Sinar Harian
Sehingga kini, tiada siapa yang tahu dalang di
sebalik kumpulan Militan Negara Iraq dan jajahannya (ISIL) yang
mencetuskan krisis perang sehingga menawan wilayah Mosul, Iraq.
Penganalisis Politik Asia Barat dan Afrika, Dr
Maszlee Malik berkata, banyak persoalan tidak jelas mengenai siapa
mendalangi ISIL sehingga kewujudannya menimbulkan pergolakan dan campur
tangan Amerika Syarikat (AS), Iran serta negara Teluk.
Katanya, terdapat pelbagai teori berhubung siapa yang membantu gerakan militan ini, termasuklah dakwaan didalangi Iran.
"ISIL yang didakwa ciptaan Iran ini, ditubuhkan bagi
mengganggu perjuangan rakyat Syria, di mana Iran bertanggungjawab
membiayai kumpulan ini serta membekalkan peralatan senjata canggih dan
terkini.
"Namun, serangan ke atas Iraq, termasuk kejayaan
mereka menawan wilayah Mosul, dikatakan mengancam kedudukan Iran
seterusnya membenarkan Iran menerima bantuan AS," katanya, pada Ahad, 15
Jun.
Katanya, jika ISIL bukan ciptaan Iran, ia
berkemungkinan didalangi Arab Saudi, namun tiada fakta yang dapat
menyokong kesahihan dakwaan itu.
"Ahli kumpulan ISIL pula dikhabarkan adalah serpihan
dari kumpulan al-Qaeda yang keluar dari kumpulan itu untuk membentuk
ISIL. Namun, al-Qaeda tidak pernah mengiktiraf kewujudan mereka yang
dianggap terlalu radikal," katanya.
Katanya, ahli ISIL datang dari pelbagai negara seperti Syria, Lybia serta negara-negara Arab.
"Kebangkitan golongan ISIL ini berpunca daripada
dasar pemerintahan kuku besi yang menghalang perjuangan demokrasi Islam
di negara Arab," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, pergolakan di negara
itu sebenarnya tidak dicetuskan oleh ISIL, sebaliknya kerana
pemberontakan tentera Iraq yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan
Perdana Menteri, Nouri al-Maliki.
Katanya, paparan media barat mengenai pergolakan berpunca dari serangan ISIL adalah tidak tepat.
1 orang berkata:
Wahai penulis yg kurang sopan(biadap), siapakah kamu untuk mengelar para pejuang mujahidin sebagai militan. Janganlah terikut ikut dengan propaganda yahudi dengan gelaran militan terhadap pejuang islam.
Post a Comment