Apa perlu presiden pertubuhan kebajikan insan mulia menyinga kerana melayu kena tindakan segera oleh pengamal keselamatan di negara ini, sebabnya ialah hendak melindungi satu puak yang tertentu yang lebih agrasif daripada pencetus murahan
Kita orang melayu (rakyat Malaysia) perlu banyak berkorban perasaan demi keamanan negara, Peguam negara dan pehak polis tentu tidak bertindak sesuka hati melainkan mereka menerima arahan untuk berbuat demikian dan tentulah ada sebab-sebabnya - Pak Karamu
Kenapa Melayu kena tindakan segera?
GEORGETOWN - Pihak berkuasa diminta menjelaskan situasi sebenar
berhubung tindakan segera yang diambil ke atas orang Melayu kerana
kesalahan menyinggung perasaan bangsa lain.
Presiden Pertubuhan Kebajikan Insan Mulia, Aminah Abdullah berkata, tindakan itu dilihat 'double standard' kerana orang Melayu begitu mudah diambil tindakan jika melakukan sesuatu yang menyinggung perasaan bangsa lain.
“Peguam Negara, polis dan agensi-agensi terlibat digesa tampil menjelaskan situasi yang terjadi ke atas orang Melayu sejak kebelakangan ini.
“Perkara ini jelas apabila kes membabitkan bekas Naib Juara Pencetus Ummah, Shahul Hamid Seeni Muhammad dan Siti Fairrah Asyikin Kamaruddin (atau dikenali sebagai Kiki) begitu cepat dibawa ke muka pengadilan,” katanya, semalam.
Beliau pasti rakyat akan tertanya-tanya adakah wujud 'double standard' dalam menjalankan penguatkuasaan undang-undang di negara ini dengan beberapa contoh kes yang berlaku.
“Contoh sudah ada. Malah di Pulau Pinang sendiri isu membabitkan Adun Seri Delima, RSN Rayer, yang menggelar Umno 'celaka' sehingga kini masih belum ada perkembangan lanjut sedangkan Pemuda Umno yang bertindak susulan daripada provokasi
Rayer itu telah dihadapkan ke mahkamah.
“Mengapa semua ini berlaku? Kita tidak bercakap soal perkauman, tetapi ketelusan dan keadilan untuk rakyat memandangkan apa yang berlaku ini seolah-olah menggambarkan hanya orang Melayu dan Islam yang perlu berhati-hati tidak menyinggung perasaan bangsa lain,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment