Siasat pendedahan bekas Setpol MB
ALOR SETAR - Badan Bertindak Anti Penyelewengan Kedah telah membuat
satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
berhubung pendedahan bekas Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar
Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor terhadap Adun PKR Kedah.
Presidennya, Khairul Anuar Ramli berkata, pendedahan tersebut dilihat mempunyai beberapa perkara melibatkan salah guna kuasa Adun PKR semasa pemerintahan PR pada tahun 2008 hingga 2013 yang lalu.
“Kami mengambil keputusan untuk membuat laporan ini dengan memperincikan tiga perkara asas iaitu berkenaan tuntutan elaun, pembalakan dan kelulusan tender balak.
“Kenyataan itu merujuk bahawa tuntutan perjalanan seorang exco dari PKR adalah jauh melebihi gaji dan elaunnya. Elaun hanya sekitar RM17,000, tetapi tuntutan perjalanan mencecah RM23,000,” katanya kepada media di pekarangan Pejabat SPRM Kedah, semalam.
Menurutnya, siasatan berhubung perkara itu penting kerana ia mungkin melibatkan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam pentadbiran tersebut.
“Kita juga akan memperincikan mengenai kelulusan sebuah syarikat kuari pasir yang diberi bertujuan untuk menampung perbelanjaan Adun PKR bagi menutup kes kebankrapan beliau.
“Selain itu, kita juga mendesak supaya siasatan terperinci dibuat terhadap kelulusan tender balak yang diberikan kepada Adun PKR apabila ia diluluskan pada harga yang sama dengan pihak lain iaitu RM16,000 sehektar,” katanya.

Beliau berkata, beberapa bukti dan dokumen tambahan juga akan diberikan kepada pihak SPRM bagi memudahkan urusan penyiasatan.
“Kita mahu SPRM melakukan penyiasatan terperinci tentang pendedahan ini kerana ia melibatkan pecah amanah dan salah guna wang rakyat.
“Sekiranya terbukti benar, pihak terbabit perlulah diheret ke muka pengadilan mengikut peruntukan undang-undang yang telah sedia ada,” katanya.
Sebelum ini, Muhammad Sanusi menerusi akaun Facebooknya menjelaskan bahawa situasi kerusi menteri besar yang berlaku di Selangor adalah tidak sama seperti di Kedah.
Beliau berkata, PKR tidak wajar membuat perbandingan sebegitu rupa kerana mereka tidak berada dalam kondisi yang wajar berbicara mengenai jawatan tersebut atas banyak faktor, bukan kerana mereka gentlemen, mulia atau baik hati.
Berikutan itu, Muhammad Sanusi turut mendedahkan bahawa sepanjang sejarah PR menjadi kerajaan di Kedah, ada kes tuntutan perjalanan bulanan seorang exco dari PKR jauh melebihi gaji dan elaunnya.
Beberapa perkara lain turut diperincikan oleh beliau dalam kenyataan penuh yang turut disiarkan Sinar Harian, baru-baru ini.

0 orang berkata:
Post a Comment