Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ahad, 3 Ogos 2014

Nasib PR terjawab dalam tempoh tujuh hari dari sekarang

Oleh Mohd Sayuti Omar
Kehilangan pesawat Mas MH370 bersama 239 dan bencana menimpa MH17 yang mengecaikan 295 penumpangnya tidak lagi menjadi sebutan dan sesuatu yang difikirkan. Kehilangan MH370 yang sudah memakan masa lima bulan, sudah dipasrahkan begitu sahaja.

Pun begitu juga dengan berkecainya MH17 dimana pengecaman mayat masih dilakukan, tidak lagi menjadi topik perbualan, dan minat ke atas kedua peristiwa itu juga tidak penting.

 Kecualilah waris warah mangsa ke atas kedua-dua kejadian itu. Di desa dan kampung-kampung juga orang tidak ramai menyebut dan mengimbau kepada dua tragedi itu, ia seolah sudah dialpakan dengan meletak ianya sebagai takdir Allah sepenuhnya.

Pemerhatian umum khususnya dalam kalangan orang politik kini ialah kepada senario politik di Selangor, mengenai jawatan MB negeri itu yang diusahakan untuk ditukar ganti dengan muka baru kerana parti (PKR) telah hilang kepercayaan kepada sang MBnya Abdul Khalid Ibrahim. Penungguan orang ramai apakah rancangan untuk menobatkan Dr Wan Azizan Wan Ismail sebagai pengganti Khalid menjadi realiti atau tragedi? Sehingga kini ia masih misteri.

Ataupun keriuhan disebalik menamakan Azizan itu sebagai satu lagi testimoni dilakukan Anwar terhadap sejauh mana kematangan dan kelicitan berfikir orang Malaysia terhadap politik?

Kasus MB Selangor ini berpanjangan, dari sebelum puasa membawa kepada sepanjang Ramadhan dan terheret ke hari ini. Berbagai ulasan, pandangan, tafsiran, tenguran baik dari segi moral politik, undang-undang politik yang menyentuh mengenai masa depan PKR dan Pakatan Rakyat berhubung perkara itu dibuat. Pandangan bukan saja dari sarjana, pemerhati politik tegar, bahkan dari kalangan pemain media baru juga yang ada kalanya sangat dangkal dan cemar mengenai assessment politik turut sama bercakap.

Kewujudan media baru hari ini telah menjadikan isu pertukaran MB Selangor menerawang menjadi kelam kabut serta sangat mencemaskan mereka yang menyayangi Pakatan Rakyat. Ia juga merumitkan keadaan. Musuh PKR dan Pakatan Rakyat tidak perlu berkerja keras lagi dengan meletusnya isu itu. Mereka menjadi serigala atau pun beruang air yang menanti mudiknya anak-anak ikan dari hilir menuju ke hulu di pergentingan untuk ditangkap dan diratah mentah-mentah.

Segala macam nasihat, pandangan, spekulasi tidak mengubah keadaan. Para pemain dan watak utama dalam krisis di Selangor itu terus galak dan excited dengan agenda masing-masing. Ia kontras dengan orang bawah yang bermunajat dan berdoa kepada Allah agar Pakatan diselamatkan. Mereka yang rindukan perubahan ke atas negara obses mengenai hal ini. Para pemimpin seakan degil daripada mendengar segala rintihan dan nasihat.

Khalid walaupu diasak bertubi-tubui dan bertubi-tubi, tetapi tetap tidak mahu mengaku kalah, bahkan dia juga sudah nekad dan mengambil semangat dari slogan atau tagline Lawan Tetap Lawan kandatipun sesama sendiri yang akan membawa menang jadi abu kalah jadi arang. Kesungguhan Khalid jelas apabila mencari suaka politik hingga berjumpa dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat, sesudah dia mendapat restu daripada presiden Pas.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Kejamnya org yg gila kuasa. Woi rakyat yg sokong hangpa yg membuat hangpa boleh gaji bulan2.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.