Malaysia, Hamas tidak pernah kerjasama ketenteraan
KUALA LUMPUR - Malaysia tidak pernah menjalin sebarang kerjasama
terutamanya dari segi ketenteraan dengan Hamas atau mana-mana pihak di
Palestin.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan
hari ini berkata, setakat ini hubungan dan kerjasama dengan Palestin
merupakan hubungan diplomatik, perdagangan dan kebudayaan sahaja.
"Malaysia juga merupakan penyokong kuat pejuang Palestin dari segi moral dan bantuan kemanusiaan.
"Sokongan padu rakyat Malaysia ini adalah kerana hubungan baik antara
pemimpin Malaysia dan Palestin yang telah terjalin sekian lama dan ada
kemungkinan ini menyebabkan Israel tidak berpuas hati," katanya.
Baru-baru ini sebuah akhbar dalam talian The Jerusalem Post memetik
kononnya seorang anggota Hamas Cell mengakui Malaysia adalah tempat
latihan menyeludup dan membuat serangan sempadan negara dengan
menggunakan payung terjun.
Laporan itu juga memetik kononnya anggota Hamas terbabit memberitahu
Agensi Keselamatan Israel (Shin Bet) bahawa mereka turut dilatih tentang
cara menculik anggota tentera dan ia adalah sebahagian persiapan Hamas
untuk menentang serangan darat pasukan Pertahanan Israel (IDF) di
Semenanjung Gaza.
Ahmad Zahid menjelaskan Israel perlu membuktikan dakwaan serius itu
yang jelas timbul setelah semakin banyak negara dan masyarakat
antarabangsa mengecam keganasan tentera Israel dalam serangan ke atas
bumi Gaza.
Serangan tersebut sehingga kini telah mengorbankan 1,300 nyawa rakyat
Palestin terutamanya dalam kalangan wanita dan kanak-kanak yang tidak
berdosa, katanya.
Beliau menambah, agensi perisikan Israel, Shin Bet cuba merangka
propaganda sebegini demi mencemarkan nama baik Malaysia dengan tuduhan
yang tidak berasas.
Ini adalah percubaan untuk menutup malu mereka kerana gagal berdepan dengan pejuang-pejuang Hamas di Gaza, kata Ahmad Zahid. - Bernama
Ini adalah percubaan untuk menutup malu mereka kerana gagal berdepan dengan pejuang-pejuang Hamas di Gaza, kata Ahmad Zahid. - Bernama
3 orang berkata:
Kalau rujuk sejarah malaysia antara negara yg menyetujui tubuhnya negara israil. Ramai yg kena lokap masa buat bantahan pasukan tenis israel mai main d malaysia
Apa yang kita perhatikan dan tengok betul2 semangatnya kerajaan umno/Bn dalam memberi bantuan kemanusian kepada palestin Gaza berniat politik semata-mata atau tidak. Ini untuk meraih sokongan umat islam di malaysia sedangkan dalam. Masa sama menteri pertahan syarikat milik yahudi israel Apco world wide yg berpengkalan di singapura dianugerahkan kontrak system it telekomunikasi PDRM Bukit aman difahamkan 17juta.dan yang terbaru astro menganugerahkan kontrak kepada syarikat AMDOC milik israel serta astro mempertahankannya apabila ditanya oleh YADIM yayasan dakwah islam malaysia sedang dalam masa sama umat islam diGaza dibom. Fikirkan lah..dan buat analisa..apa sebenarnya berlaku? Wasalam..
Siapa laknat sebenarnya? Hati terdetik utk sekongkol dgn yahudi.dah boleh dikira laknat, inikan pula hubungan perdagangan dan sbgnya. Apa x de negara lain nak beli sawit Malaysia. Belambak negara perlukan minyak sawit utk sektor pemakanan. Lu org fikir la sendiri siapa pelaknat.
Post a Comment