AKHIRNYA NANTI INILAH JAWAPAN YANG BETUL DAN MUKTAMAT, APA DIA ? DULU I KATA LAIN DAN SEKARANG I KATA LAIN, SALAH KAH ? JIKA SALAH, ADAKAH SAMA DULU DAN SEKARANG ? TENTU LA TAK SAMA KAN , KAN ? DULU I KATA PADA HARI AHAD, DAN SEKARANG HARI KHAMIS, ADAKAH SAMA HARI AHAD DAN KHAMIS ? TENTU LA TAK SAMA, SEBAB ITU ADAKAH SAYA SALAH ? TAPI .... KAMI SEMUA CEMAS ! ISHHHHH.... TU TANDA YOU BELUM MATANG KIRA-KIRA BERPOLITIK ! SEBAB ITU ADA YANG TERSURAT DAN TERSIRAT, KALO TERSURAT, ITU BAGI KECUT PERUT BAGI ORANG YANG BELUM MATANG KALI-KALI POLITIK, TERSURAT ERTINYA KULIT JE, SEMENTARA ISINYA TERSIRAT, AWAK MAHU KULIT ATAU MAHU ISI ? AISEEEH ! DON LA PLAY,PLAY ! LAAAA ! INI BUKAN PLAY ! - Pak Karamu
Friday, August 1, 2014
Sedarkah PAS Dan PR Kemusnahan Tercetus Dari Kepala?
Berhenti musnahkan diri sendiri, Pakatan perlu mesyuarat segera, kata AJK PAS Pusat
Published: 1 August 2014 - TMI
Ahli
Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata terlalu lama untuk
menunggu 10 Ogos dan mesyuarat perlu segera diadakan. – Gambar fail, 1
Ogos, 2014.
Seorang lagi
pemimpin PAS meminta agar persidangan dibuat segera oleh Majlis Presiden
Pakatan Rakyat (PR) diadakan bagi menghentikan 'kemusnahan sendiri'
yang dilakukan ahli dan penyokong mereka sekarang.
"Segerakan
Majlis Presiden Pakatan Rakyat bersidang untuk 'Menghentikan Kemusnahan'
ini (Arrest the Self-Destruction)... tanpa semestinya menunggu melepasi
10 Ogos bagi menguruskan tuntutan krisis yang ganas ini.
"10 hari
terlalu lama dalam politik, dan media Barisan Nasional (BN) saban masa
memporak-perandakan serta merobek kesepaduan muafakat politik yang kita
bina selama ini," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad.
Sebelum ini,
Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat mendesak pimpinan PAS mempercepatkan
mesyuarat mereka tanpa perlu menunggu 10 Ogos depan untuk bermesyuarat
seperti ditetapkan sebelum ini.
AJK PAS Pusat
dijadualkan bermesyuarat 10 Ogos ini bagi membincangkan cadangan PKR
untuk menukar Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan
presiden mereka Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Cadangan itu dikemukakan PKR dalam mesyuarat Majlis Presiden PR pada 23 Julai lalu.
Ekoran cadangan
itu, PAS dan DAP dalam satu kenyataan bersama berkata mereka akan
membawa balik cadangan ini kepada parti masing-masing.
Menurut
Dzulkefly yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS
(PPP), PR sekarang sedang mengalami fenomena "Self- Destruct Mode" atau
'mod memusnahkan diri sendiri' ekoran pertelingkahan dalaman sesama
mereka.
"Pimpinan
tertinggi harus segera menangani serta mengelakkan kesudahan perpecahan
ini," kata beliau dalam satu surat terbuka kepada pucuk pimpinan dan
pendokong PR.
Beliau berkata,
sangat malang jika PR berakhir di sini, kerana umum mengetahui hanya
inilah wadah yang menjadi harapan rakyat untuk mampu memberi 'check and
balance' serta menggugat keangkuhan serta kebobrokan Barisan Nasional
(BN) dalam urus tadbir negara serta Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan
datang.
"Berpada-padalah
saudaraku bahkan sebaiknya 'segera hentikan' dalam 'menyerang serta
menembak sesama sendiri' kerana saudara sedang ditertawakan oleh seteru
politik kita yang bertepuk-sorak serta mempergiat mengadu-dombakan bagi
meretakkan lagi keutuhan serta perpaduan Pakatan Rakyat kini.
"Wajah-wajah
saudara di dada akhbar mereka di muka depan! Aneh mengapa mereka memberi
ruang kepada saudara... Ya... segera sedar dan insaflah... ruang diberi
justeru kerana saudara menembak sesama sendiri... malang!" kata
Dzulkefly.
Menurutnya,
rakyat mengharapkan PR sedangkan mereka asyik bercakaran dan ditanggapi
sebagai memperjuangkan kepentingan kelompok masing-masing dan bukan
mengutamakan kemaslahatan rakyat dan kepentingan negara. – 1 Ogos, 2014.
2 orang berkata:
Alang-alang mandi biar basah bak kata org dulu2.. Tetapi puncanya pkr dgn khalid ibrahim saja x mau lepas jawatan..mungkin dh syg.. Hrp peminpin PR buat lah yg terbaik untuk rakyat,tapi janganlah sampai merugi kan islam dan bumiputera kesuluruhannya.
Pkr punya pasal pas dpt habuan. Mb org pkr, yg nak rampas org pkr. Pkr nak suruh org ikut telunjuk dia. Mau depan kasi depan, mau belakang kasi belakang. Mana boleh itu mcm.
Pas ada prinsip bukan parti angguk & yes
Post a Comment