Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DULU LAIN, SEKARANG LAIN ! ADAKAH SAMA DULU DAN SEKARANG ?

AKHIRNYA NANTI INILAH JAWAPAN YANG BETUL DAN MUKTAMAT, APA DIA ? DULU I KATA LAIN DAN SEKARANG I KATA LAIN, SALAH KAH ? JIKA SALAH, ADAKAH SAMA DULU DAN SEKARANG ? TENTU LA TAK SAMA KAN , KAN ? DULU I KATA PADA HARI AHAD, DAN SEKARANG HARI KHAMIS, ADAKAH SAMA HARI AHAD DAN KHAMIS ? TENTU LA TAK SAMA, SEBAB ITU ADAKAH SAYA SALAH ? TAPI .... KAMI SEMUA CEMAS ! ISHHHHH.... TU TANDA YOU BELUM  MATANG  KIRA-KIRA BERPOLITIK ! SEBAB ITU ADA YANG TERSURAT DAN TERSIRAT, KALO TERSURAT, ITU BAGI KECUT PERUT BAGI ORANG YANG BELUM MATANG KALI-KALI POLITIK, TERSURAT ERTINYA KULIT JE, SEMENTARA ISINYA TERSIRAT, AWAK MAHU KULIT ATAU MAHU ISI ?  AISEEEH ! DON LA PLAY,PLAY ! LAAAA ! INI BUKAN PLAY ! - Pak Karamu

 Friday, August 1, 2014

Sedarkah PAS Dan PR Kemusnahan Tercetus Dari Kepala?

Berhenti musnahkan diri sendiri, Pakatan perlu mesyuarat segera, kata AJK PAS Pusat  Published: 1 August 2014 - TMI
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata terlalu lama untuk menunggu 10 Ogos dan mesyuarat perlu segera diadakan. – Gambar fail, 1 Ogos, 2014.

Seorang lagi pemimpin PAS meminta agar persidangan dibuat segera oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) diadakan  bagi menghentikan 'kemusnahan sendiri' yang dilakukan ahli dan penyokong mereka sekarang.
"Segerakan Majlis Presiden Pakatan Rakyat bersidang untuk 'Menghentikan Kemusnahan' ini (Arrest the Self-Destruction)... tanpa semestinya menunggu melepasi 10 Ogos bagi menguruskan tuntutan krisis yang ganas ini.
"10 hari terlalu lama dalam politik, dan media Barisan Nasional (BN) saban masa memporak-perandakan serta merobek kesepaduan muafakat politik yang kita bina selama ini," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad.
AJK PAS Pusat dijadualkan bermesyuarat 10 Ogos ini bagi membincangkan cadangan PKR untuk menukar Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan presiden mereka Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Cadangan itu dikemukakan PKR dalam mesyuarat Majlis Presiden PR pada 23 Julai lalu.
Ekoran cadangan itu, PAS dan DAP dalam satu kenyataan bersama berkata mereka akan membawa balik cadangan ini kepada parti masing-masing.
Menurut Dzulkefly yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP), PR sekarang sedang mengalami fenomena "Self- Destruct Mode" atau 'mod memusnahkan diri sendiri' ekoran pertelingkahan dalaman sesama mereka.
"Pimpinan tertinggi harus segera menangani serta mengelakkan kesudahan perpecahan ini," kata beliau dalam satu surat terbuka kepada pucuk pimpinan dan pendokong PR.
Beliau berkata, sangat malang jika PR berakhir di sini, kerana umum mengetahui hanya inilah wadah yang menjadi harapan rakyat untuk mampu memberi 'check and balance' serta menggugat keangkuhan serta kebobrokan Barisan Nasional (BN) dalam urus tadbir negara serta Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.
"Berpada-padalah saudaraku bahkan sebaiknya 'segera hentikan' dalam 'menyerang serta menembak sesama sendiri' kerana saudara sedang ditertawakan oleh seteru politik kita yang bertepuk-sorak serta mempergiat mengadu-dombakan bagi meretakkan lagi keutuhan serta perpaduan Pakatan Rakyat kini.
"Wajah-wajah saudara di dada akhbar mereka di muka depan! Aneh mengapa mereka memberi ruang kepada saudara... Ya... segera sedar dan insaflah... ruang diberi justeru kerana saudara menembak sesama sendiri... malang!" kata Dzulkefly.
Menurutnya, rakyat mengharapkan PR sedangkan mereka asyik bercakaran dan ditanggapi sebagai memperjuangkan kepentingan kelompok masing-masing dan bukan mengutamakan kemaslahatan rakyat dan kepentingan negara. – 1 Ogos, 2014.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Alang-alang mandi biar basah bak kata org dulu2.. Tetapi puncanya pkr dgn khalid ibrahim saja x mau lepas jawatan..mungkin dh syg.. Hrp peminpin PR buat lah yg terbaik untuk rakyat,tapi janganlah sampai merugi kan islam dan bumiputera kesuluruhannya.

Anonymous said...

Pkr punya pasal pas dpt habuan. Mb org pkr, yg nak rampas org pkr. Pkr nak suruh org ikut telunjuk dia. Mau depan kasi depan, mau belakang kasi belakang. Mana boleh itu mcm.
Pas ada prinsip bukan parti angguk & yes

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.