Isu MB: Amaran buat pelobi Adun Pas
SHAH ALAM - Pas Selangor mengesahkan masih ada usaha untuk memancing
Adun-Adunnya di negeri itu untuk menandatangani Akuan Bersumpah
(Statutory Declaration) bagi menyatakan sokongan kepada Presiden PKR,
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar yang baharu.
Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, pihaknya telah mempunyai maklumat lengkap dalang yang terlibat dan tidak teragak-agak mendedahkannya jika usaha itu tidak dihentikan.
"Kita tahu ada lagi usaha untuk memancing Adun kita (Pas) di Selangor.
"Kita ada maklumat lengkap siapa yang terlibat dan kita akan dedahkan nama pelobi ini jika permainan ini tidak dihentikan segera," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pihaknya juga menjangka akan lebih banyak aduan dan usul akan dibuat terhadap dua Adun Pas, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) berhubung tindakan mereka membelakangi keputusan parti.
"Pas Selangor menjangka banyak lagi aduan dan usul akan di buat dan dihantar ke Jawatankuasa Disiplin mengenai tindakan yang tidak berdisplin dua Adun kita di Selangor," katanya.
Hari ini, Dewan Ulama Pas Selangor sebulat suara meluluskan usul mengutuk dan mengecam tindakan dua Adun Pas tersebut.
Nasib kedua-duanya diserahkan kepada Pas Pusat untuk tindakan selanjutnya.

8 orang berkata:
Sudah terbukti bahawa memang ujud amwarimas dalam pas. Dan puak puak inilah yang akan menghancorkan pas jika sekiranya tidak segera dibendong.
Kalau perbuatan cubaan memancing adun pas ini,bukan satu pengkhainatan kpd.Pas ,apa namanya ini? Dan sudah pasti anwar akan kata dia tak tahu apa apa.
Tapi jika kita imbas kembali perancangan 16 sept.yanh gagal ,nampak sama modus operandinya.
Masihkah PAS perlu terus setia kpd.ANWAR?
AYOH.MASANYA TELAH TIBA UNTOK PAS BERTINDAK DALAM TERANG
CALONKAN ADUN PAS UNTOK KERUSI MB. LONTARKAN LEMBING SEBELUM KERIS DIPACAK DIDADA.
bila lagi pas nak keluar dari PR ni...pas ni betul2 takda perinsip...kalau tak suka terus terang saja ..apa nak ditakutkan pada anwar tu...president pas ni tido ker apa...nak jadi dolah badwi ker....
nak takut pe??pas yg tadbir dap@pkr la..
pas pentadbir bukan ditadbir tau tak...
(tadbir konon,satu malaya tau still gak nak wat cite dongeng haha)
Dedah terus kpd Pas Pusat. Jika benar dalang tu dulu patut dikenakan tindakan. Saari Sungib dan Hasnul boleh dipertimbangkan kemudian.
Pas perlu waspada. Jangan terlalu vokal menelanjangi hal dalaman Pas kpd umum. Mereka di luar yg tak tau cerita sebenar asyik kutuk dan menghina Pas seolah2 Pas parti paling dungu. InsyaAllah segala2nya akan selesai dan selamat.
habis tu mereka berdua ni ibarat pengkhianat agama la kan..ye la,kan pas parti agama..
(agama yg diregisterkan dbwh telunjuk sistem demokrasi hehe)
so mereka tu nak dikira murtad ke mcmana?hehe
Anon 8.25. Komen yg menarik. Cerdik amat.
Anon 8:25 dan Anon 8:49 dua2 cerdik la... Tpi amat bodoh dlm hal2 ilmu dunia politik islam.. Cerdik tapi bodoh sebenarnya sampai tak kenal air sungai dengan air longkang atau air kolam mandi dengan kolam indah water.. Jangan ada lagi manusia seperti ini.manusia seperti ini lah yg merugikan negara sehingga hri ini..
ko lagi bodoh dari macai umno..ko x payah poyo..
Post a Comment