KDN sahkan ada anggota PPS terlibat peras ugut
SHAH ALAM - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
mengesahkan ada anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditahan
semalam dikesan pernah melakukan jenayah kekerasan dan peras ugut orang
awam.
"Kita dapat laporan ada anggota PPS yang bukan jaga keselamatan tetapi mereka bertindak pukul orang. Ada yang bertindak di luar daripada perundangan seolah-olah melangkaui bidang kuasa polis," katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Segambut di ibu negara.
Ahmad Zahid antara lain berkata, pihaknya menyokong penuh tindakan tegas polis ke atas anggota PPS kerana penahanan mereka adalah bersandarkan kepada undang-undang.
Walaupun tidak terlibat secara langsung kerana perkara itu melibatkan operasi polis, namun KDN memuji ketegasan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam isu terbabit.

2 orang berkata:
ISIS akan.membunoh siapa sahaja yang mententang mereka.memang zalim dan barbarik.
Tapi kerajaan bn tak lah sampai membunoh
Hanya sekadar tangkap dam dakwa.itu pun kalau difapati bersalah berapa sangat dendanya.
Kalau takut dilamun ombak jangan berumah ditepi pantai
( pinjam.kata kata anwar) so apa bising sangat.
Tara bising cuma sedih ada yg berfahaman british walaupun sudah merdeka...ha.ha
Post a Comment