Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TANGKAPAN PPS SEKATAN PR ?

PASUKAN PERONDA SUKARELA APABILA DIKAITKAN DENGAN TREND MENYEKAT PAKATAN RAKYAT DARI BERKEMBANGNYA PENGARUH PR DI NEGARA INI OLEH ANUAR IBRAHIM, MAKSUDNYA APA ? PPR MEMPUNYAI PAKAIAN SERAGAM (badan berunifom), PEGAWAI ATASANNYA MEMPUNYAI PANGKAT, DARIPADA PANGKAT SUDAH TENTU ADA KEPATUHAN DARI KUASA PANGKAT, JIKA PPS IA SUATU ALAT PERONDA SUKARELA YANG DIKAITKAN DENGAN PAKATAN RAKYAT OLEH ANUAR IBRAHIM MAKA SESUATU YANG MENGELIRUKAN TUJUANNYA DI UJUDKAN DALAM MAKSUD SUKARELA, KENYATAAN INI MENCEKIK DIRI SENDIRI - Pak Karamu

 

Isnin, 1 September 2014

Anwar: Dakwaan hasutan & tangkapan PPS trend sekat pengaruh Pakatan

10646909_891280597568709_3633257808555321636_nSHAH ALAM 1 SEPT: Tindakan Kerajaan Umno-BN mengenakan dakwaan hasutan ke atas ahli politik pembangkang dan tangkapan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang sebagai satu trend menyekat Pakatan Rakyat di negara ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Putrajaya sengaja mencari kesalahan sesiapa sahaja yang mempunyai kesan terhadap masyarakat.

“Jelas sekali itu trendnya. Siapa sahaja yang nampak berkesan menyampaikan pandangan, mereka akan kena,” katanya dipetik The Malaysian Insider.

Anwar berkata demikian selepas merasmikan upacara pecah tanah sebuah sekolah agama di Guar Jering, Permatang Pauh, yang dibina dengan pembiayaan RM1.59 juta dari kerajaan Pulau Pinang.

Mereka yang didakwa menghasut baru-baru ini termasuk Rafizi Ramli, N Surendran dan Tian Chua dari PKR, RSN Rayer dan Teresa Kok dari DAP, dan Khalid Samad (PAS).

Katanya, sesuatu yang hipokrit apabila pemimpin pembangkang didakwa di bawah satu kes yang “rapuh” sementara penyokong Umno dan Barisan Nasional yang membuat kenyataan yang jelas berunsur perkauman tidak dikenakan sebarang tindakan.
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.