Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA SEPENDAPAT, APA SUDAHNYA PI MAI PI MAI TETAP TANG TU


Ku Li sependapat dengan Dr Mahathir, desak perkara sebenar didedahkan Ku Li sependapat dengan Dr Mahathir, desak perkara sebenar didedahkan
KUALA LUMPUR: Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata sudah tiba untuk kebenaran didedahkan berkenaan skandal dan isu yang menyelubungi pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, lapor The Malaysian Insider.

Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad pasti mempunyai asas yang kukuh untuk membuat kritikan paling keras terhadap perdana menteri itu.

"Beliau mencari jawapan, kebenaran, di sebalik segala yang berlaku.

"Kini masa yang tepat untuk jawapan sebenar didedahkan, dan kebenarannya daripada semua (isu) ini," katanya merujuk tulisan Dr Mahathir.

Katanya, sebagai tokoh berpengalaman, Dr Mahathir sudah pasti memahami akar umbi dengan cukup baik, dan mengakui yang sekiranya isu yang timbul tidak ditangani dengan baik, akan sukar bagi sesiapa pun untuk memenangi pilihan raya umum.

"Beliau tahu bagaimana situasi parti politik yang berhadapan PRU. Isu yang tidak selesai, sudah pasti sukar untuk sesiapa sahaja mendapatkan sokongan," kata ahli Parlimen Gua Musang itu.

"Saya pasti ada sebab beliau keluarkan kenyataan itu," katanya lagi.

Dr Mahahir menerusi blognya hari ini membuat kritikan paling keras terhadap Najib dan menegaskan UMNO dan Barisan Nasional akan tewas dalam PRU14 jika Najib masih menerajui parti tu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.