'Saya jadikan Najib PM kerana jasa bapanya'
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri negara dibuat hanya semata-mata untuk membalas jasa bapanya, Tun Abdul Razak Hussein.
Beliau berkata, Tun Abdul Razak yang merupakan Perdana Menteri negara kedua pada masa itu pernah menjadikan beliau sebagai seorang Menteri sebelum dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Jelasnya, keputusan Tun Abdul Razak yang membawanya kembali ke dalam Umno membuka ruang kepadanya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri dan memerintah negara.
“Tun Abdul Razak adalah mentor dan idola saya. Kalau bukan kerana dia, saya tidak akan jadi Perdana Menteri.
“Bila kita terhutang budi kepada orang yang meninggal dunia, kita harus membalas budinya kepada anak-anaknya dan cucu-cicitnya. Saya berhempas pulas untuk meletakkan anaknya ditempat yang akan menjadikan dia sebagai Perdana Menteri.
“… Saya terpaksa ‘berkelahi’ dengan Pak lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi). Saya tulis surat kepadanya, gesa Pak Lah untuk jadikan Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri supaya dia boleh ‘naik’ gantikan Pak Lah nanti,” katanya dalam program Bicara Negarawan yang diadakan di Kelab K, Taman Melawati di sini, hari ini.
Mengulas mengenai pemilihan dan lantikan yang dibuat terhadap Najib, Dr Mahathir berkata, beliau tidak pernah kesal membuat pilihan tersebut.
Namun apa yang dikesalkan adalah kepimpinan dan pemerintahan Najib ke atas negara ini.
“Saya memang buat keputusan yang betul. Dalam kalangan kita ada ‘Mr Clean’, mestilah saya akan pilih pemimpin yang ‘bersih’, tak kan saya hendak pilih pemimpin yang ‘kotor’ pula.
“Saya memang membuat pilihan yang tepat pada masa itu, tetapi setelah dia menjadi Perdana Menteri saya tidak sangka ini yang akan dilakukannya,” katanya lagi.

3 orang berkata:
Bohong che set ni. Masa dia lantik Najib dulu pun sepatutnya dia dah tahu yg Najib sgt kontroversi dgn kes altantuya. Tp masa tu dia yakin Najib boleh dibonekan. Rupa2nya Mak mah lebih power dan tak heran dgn che det. Bila dah tak boleh nak makan cekak, Mula le che set meroyan. Ala, mcm dia buat dgn musa hitam, anwar, pak lah tu. Segala kebobrokan DLM ini Malaysia, che det le yg mulakan. Kehakiman hilang integriti sejak kes saleh Abbas, rasuah DLM umno dan negara membiak PD zamannya, penggunaan ISA hanya utk menahan pemimpin2 pembangkang juga PD ketika dia PM. Semua katanya adalah titah. Yg menentang pasti kena, mcm anwar ibrahim. Bersih sgt ke che det ni Kalau anak2 dia semuanya kayaraya. Dr mana dpt modal? Cuba tanya mereka yg pernah dia kerjakan kerana dilihat bertentangan pendapat dgnnya. Maaf, ckp le apa sahaja, manusia yg bernama MAHATHIRlah sebenarnya wajib ditentang. Menghina HUDUD pun dia, penghapus kuasa sultan pun dia, tetapi amat penakut apabila dipanggil peguam anwar utk disoal dimahkamah. Siap minta soalan dulu. Kalaulah sejarah ttg che det akan ditulis nnt, nyatakanlah bahawa insan inilah pemula segala kebejatan tanah melayu ini kerana dia mmg Bukan melayu. Jgn tertipu lg dgn watak seperti Kamal Attartuk yg kita baca DLM subjek sejarah dulu. Rupa2nya dia lah pemusnah kerajaan othmaniah. Sgt bangang Kalau dipatuk oleh ular yg sama di lubang yg sama smpi dua Kali.
Bapak kamu tolong aku, aku tolong kamu, kamu tolong anak aku.
boooooooooooooo anon nak menipu tak jadi
geng geng peliwat nuwar berahi la ni
Post a Comment