Selangor tegas tolak GST kerana zalimi rakyat
SHAH ALAM - Kerajaan Selangor bertegas menolak sistem pelaksanaan cukai
barangan dan perkhidmatan (GST) kerana ia dilihat hanya menzalimi
rakyat.
Menteri Besarnya, Mohamed Azmin Ali berkata, walaupun sistem cukai itu telus, namun kerajaan pusat seharusnya berpegang kepada prinsip asas iaitu berlaku adil terutama sekali kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.
Beliau berkata, ketirisan dan rasuah perlu dibendung terlebih dahulu sebelum pelaksanaan GST dijalankan.
“Beli jet tak ada pula tanya dahulu, GST pula kata halal. Jual dulu jet peribadi. Tutup dahulu yang tiris, yang bocor, baru boleh cukai. Kenakan cukai kepada yang kaya saja, bukan rakyat miskin. Saya dengan ini mengisytiharkan Kerajaan Negeri Selangor menolak GST oleh kerajaan BN.
“Cukai sewajarnya dibezakan dengan golongan mampu dan tidak mampu. GST yang diperkenalkan Umno tidak mematuhi pun prinsip asas ini. Saya ingin beri contoh, hanya 10 peratus saja dari rakyat berpendapatan tinggi dan melepasi garis membayar cukai.
“Manakala 90 peratus lagi rakyat tidak membayar cukai pendapatan. Memanglah sistem ini sudah dijalankan di 162 negara, tetapi mereka mulakan dengan kadar yang minima. Contohnya, Singapura dulu kenalkan cukai dengan kadar tiga peratus saja dan cukai pendapatan mereka diturunkan.
“Kita tetap tolak GST kerana ia sistem cukai yang zalim,” katanya dalam sidang Dun, semalam.
Azmin menambah, kerajaan persekutuan juga celaru dan tidak faham dengan sistem GST.
“Bagaimana mahu cipta pendapatan baru jika Jabatan Audit Negara sendiri kata berlaku ketirisan dan seleweng lebih RM20 bilion?
“Amalan kerajaan pusat sekarang ini pun semua rang undang-undang yang dibentang tidak pernah didengar oleh jawatankuasa untuk dibincang dan mendapat persetujuan ahli dewan rakyat, semuanya dipaksa.
“Tokoh besar seperti Tun Mahathir mempunyai pengalaman luas dalam kerajaan, namun mengapa pandangan mereka tak pernah diterima?” tegas Azmin.
Beliau yang juga Adun Bukit Antarabangsa berkata, sistem ini bakal memberi kesan kepada golongan miskin dan sederhana kerana golongan ini tidak pernah dikenakan cukai sebelum ini.
“Orang yang berpendapatan tinggi tidak ada kesan pun, tetapi golongan miskin yang sebelum ini tidak bayar pun cukai, mahu makan roti canai, sardin.
"Bukan mereka mahu elak cukai pun, tetapi pendapatan mereka sememangnya di luar lingkungan untuk membayar cukai pendapatan. Jadi di mana keadilan itu?
“GST ini adalah zalim dan menunjukkan Umno akan terkubur dalam PRU akan datang,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment