Yakin jangka hayat Pasma tak lama
KUALA TERENGGANU – Jangka hayat Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia
(Pasma) dijangka tidak bertahan lama sekiranya NGO itu mewujudkan parti
baharu.
Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman dalam nada sinis mengalu-alukan penubuhan parti baharu Pasma, turut menyifatkan tindakan itu akan hanya menyebabkan Pasma berdepan risiko cepat mati.

Menurutnya, keadaan itu mungkin berlaku terhadap Pasma jika NGO itu
benar-benar menubuhkan parti baharu berdasarkan keadaan parti serpihan
Pas sebelum ini yang tidak mampu bertahan lama dalam politik negara.
“Kita setuju kerana kalau tubuh parti baharu, cepat mati (tidak bertahan lama) dan kita yakin kerana parti sebelum inipun sudah mati (bubar).
“Perkara ini dilihat berdasarkan sejarah parti serpihan Pas seperti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) dan Angkatan Keadilan Islam Malaysia (Akim) yang telahpun tiada,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Dalam laporan Sinar Harian sebelum ini, ahli Pasma yang masih menganggotai Pas dialu-alukan untuk meninggalkan parti itu sekiranya NGO berkenaan ingin membentuk sebuah parti baharu.

Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata,
walaupun Pasma bukan ancaman kepada Pas, tetapi adalah lebih baik
sekiranya mereka meninggalkan Pas dan bawa haluan sendiri.
Dalam kenyataan terdahulu, Presiden Pasma, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, pihaknya sedia mempertimbangkan untuk mengubah statusnya kepada sebuah parti politik berikutan kemelut dalam PR semakin kritikal.

Mengulas lanjut, Ariffin yang juga Adun Alor Limbat turut melihat
tindakan Pasma untuk menubuhkan parti lain adalah lebih baik berbanding
mewujudkan suasana tidak harmoni dalam parti memandangkan ahli Pasma
kebanyakan terdiri daripada ahli Pas.
Pasma sering kali mengkritik kepimpinan parti secara terbuka dan
menggunakan nama NGO sebagai alasan untuk bertindak sedemikian yang
disifatkan segelintir pemimpin Pas bahawa tindakan itu di luar adab
berjemaah.
“Insya-Allah (kalau Pasma tubuh parti baharu), selesai masalah. Serah kepada Pasma (untuk tubuh parti baharu atau tidak),” katanya.

1 orang berkata:
Cepat2 la pasma berambus dr pas....aku tengok muka pengerusinya pun dah naik meluat tak sangka....cepat blah lg bagus
Post a Comment