Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AKHIRNYA NIZAR MOHON MAAF, TU LA KO

Nizar mohon maaf, perjelas perkara sebenar
 Muhammad Nizar Jamaluddin
Mohammad Nizar Jamaluddin

KUALA KANGSAR - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjelaskan kenyataan ceramahnya di Lembah Sayong baru-baru ini, dipetik diluar konteks sehingga menyebabkan keluarga calon BN tergores hati.

Katanya, beliau tidak berniat untuk menghina atau membuat andaian negatif kepada mana-mana pihak khususnya keluarga Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

"Terdahulu dalam mukadimah ceramah itu, saya meminta semua hadirin membaca surah Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada arwah. Saya juga dengan panjang lebar mendoakan roh arwah dicucuri rahmat.

"Saya juga mendoakan mereka dikurniakan kesabaran dan kekuatan iman serta menerima dengan reda hati di atas ketentuan serta takdir ALLAH SWT.

"Namun laporan media sosial keesokannya telah sengaja membuat telahan, tohmahan dan andaian yang salah serta jauh terbabas dari maksud sebenar," katanya melalui kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, sebagai individu yang turut bergelar suami dan bapa, beliau memahami erti kehilangan yang menimpa keluarga Datin Mastura Mohd Yazid.

"Bagaimanapun, jika sekiranya akibat laporan yang salah oleh pihak media sosial dan cetak, sehingga menggores hati semua pihak, maka saya memohon sepuluh jari memohon sepenuh kemaafan buat keluarga Allahyarham.

"Permohonan maaf tidak bersyarat ini adalah tanda keluhuran hati saya yang amat bersimpati atas ketentuan dari ALLAH yang menimpa keluarga Allahyarham," katanya.


Kelmarin, anak kedua Mastura, Wan Imar Izzat menjelaskan mereka sekeluarga terguris hati dengan kenyataan, ALLAH memilih supaya Pilihan Raya Kecil diadakan di Kuala Kangsar kerana kebiadapan BN merampas kerajaan negeri Perak, pimpinan Pakatan Rakyat pada 2009.

Wan Imar Izzat berharap perkara sedemikian tidak berulang bagi menjaga sensitiviti mereka selain menyarankan ahli politik mengamalkan prinsip politik matang.

Hari ini, Mastura pada sidang medianya menjelaskan beliau turut terkilan namun memaafkan Mohammad Nizar.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Lo....kok main togel lagi....ingatin ramadan pak...bln rahmat...usah bjudi..jgn lupa neraka pak....udah udah looo....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.