PRU14: Pembangkang boleh menang jika...
SEMALAM, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh
Hamzah berkongsi pandangan mengenai sikap pemimpin politik masa kini
yang lebih memilih wang berbanding berkhidmat untuk rakyat.
Dalam wawancara yang sama, Tengku Razaleigh menjawab persoalan mengenai
pendirian beliau dalam isu Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) 355.
Ikuti pandangan beliau mengenai politik dan ramalan beliau mengenai
PRU14.
Apa pendirian Tengku terhadap cadangan Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) 355 yang bakal dipinda nanti?
Nombor satu, saya sudah bersumpah, sebagai ahli parlimen, untuk
mempertahankan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah
perlembagaan yang direka oleh negara, setelah berunding dengan semua
pihak (berkaitan). Ia mengambil kira semua pandangan dan memorandum,
petisyen-petisyen untuk dijadikan undang-undang tubuh negara.
Kita ini tidak semua Melayu. Kita ini 'Melayu Perlembagaan'. Kalau
tidak ada perlembagaan kita tidak Melayu. Kita orang Melayu dengan adat
resam Melayu dan beragama Islam. Kalau salah satu itu tidak ada kepada
kita... katalah kita ini Melayu tetapi bukan beragama Islam. Kalau kita
beragama Islam, kita tidak ikut adat resam Melayu, kita ini bukan Melayu
mengikut takrif yang ada dalam perlembagaan dan samalah dengan negara
kita semuanya bergantung kepada perlembagaan.
Kita ada Yang di-Pertuan Agong, ada raja-raja Melayu walaupun raja-raja
Melayu yang menubuhkan Malaya Merdeka. Raja-raja Melayu juga telah
menerima hakikat bahawa menjadi raja perlembagaan. Oleh sebab itu kita
kena ikut apa yang perlembagaan kata. RUU yang hendak dibentangkan ini
yang diperjuangkan sangat oleh Pas. Jadi ada sesetengah orang tafsir
kalau kita tidak ikut apa yang dibentangkan dalam Parlimen, dia bukan
Islam tulen.
Saya tidak tahu lah. Jadi persoalan saya, orang Islam yang tidak ikut
dia sebelum ini macam mana. Tok Guru (Datuk) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat)
macam mana. Tok Guru Nik Aziz meninggal dunia sebelum ada undang-undang
ini. Saya rasa pelik sikit. Sebab ini undang-undang manusia yang bawa.
Dalam Parlimen di bawah undang-undang perlembagaan ini direka oleh
manusia. Kata undang-undang tuhan.
Satu perkara lagi pula, kalau kita tengok pada perlembagaan kita,
raja-raja mesti lulus benda itu. Setuju, tidak setuju undang-undang itu
di bawah Majlis Raja-Raja. Kerana raja berkuasa atas undang-undang,
bukan kerajaan negeri, bukan parti politik. Jadi adakah raja-raja sudah
bersetuju. Kalau seorang raja tidak bersetuju tidak boleh bawa. Adakah
benda ini sudah dibawa kepada Majlis Raja-Raja sebelum dibawa ke
Parlimen. Saya hendak tanya ini semua dahulu, kerana saya bersumpah
untuk mempertahankan Perlembagaan Negara.
Nada Tengku menggambarkan seolah-olah Tengku tidak akan memberi undi?
Bagi saya, saya tidak kisah, boleh menyokong atau tidak menyokong. Saya
orang Islam. Saya mati sebagai orang Islam. Lidah saya tidak cacat,
tidak berubah. Sama ada saya menyokong atau tidak menyokong saya hendak
tengok dulu semua ini berlaku atau tidak berlaku.
Jadi apakah perkara ini bertentangan dengan perlembagaan atau tidak.
Kalau dibawa tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja terlebih dahulu, ini
mencabuli kuasa raja-raja. Maka saya rasa tidak sah. Jadi bagaimana saya
hendak menyokong kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Negara.
Ini bukan soal parti. Parti boleh perintah saya. Boleh jadi saya tidak
akan ikut. Kerana saya lebih penting kepada sumpah saya kepada
Perlembagaan Negara saya. Saya dilantik sebagai ahli parlimen, saya
bersumpah untuk mempertahankan Perlembagaan Negara saya. Semua ahli
parlimen pun bersumpah sedemikian rupa. Raja-raja pun mengangkat sumpah
apabila menerima watikah menjadi raja-raja. Semua menteri besar, ahli
exco juga mengangkat sumpah mempertahankan bukan sahaja al-Quran, tetapi
Perlembagaan Negara.
Selaku orang politik sarat pengalaman, apa gambaran yang boleh
diberikan menjelang PRU14 nanti. Adakah BN dapat kekal memerintah atau
pakatan pembangkang mampu mengambil alih?
Saya ini bukan ahli nujum, susah saya hendak kata. Kalau tengok dengan
apa yang kita hadapi sekarang, kalaulah parti baharu ini dapat sepakat
dengan DAP, Pas, dengan parti-parti lain, akan berlaku (pertandingan)
satu penjuru. Satu lawan satu dalam pertandingan, kemungkinan mereka
boleh menang. Itu kemungkinan.
(Bagaimanapun) jangan memandang rendah kepada kerajaan kerana mereka
ada kuasa, ada televisyen, radio, duit dan media, Mereka juga ada
alat-alat risikan dan sebagainya. Media dia lebih tahu pada kita. Dia
tahu kita belum tahu lagi. Sama ada dengan kekuasaan itu, parti yang
berkuasa akan kalah saya tidak tahu.
Dalam isu wang, pilihan raya perlukan (wang). Suka atau tidak suka, itu
tidak menjadi masalah curah duit banyak macam mana. Semua orang nak
menang pilihan raya. Tidak ada nak bertanding hendak kalah.
Susah saya hendak kata, sama ada BN kalah atau menang, ataupun
pembangkang menang. Kemungkinan pembangkang akan membuat kejayaan yang
lebih daripada kita duga, sekiranya syarat ada persetujuan satu lawan
satu atas platform yang diterima oleh semua pihak. Ia juga berlaku
sekiranya rakyat diyakinkan pembangkang tidak berkelahi sekiranya undi
diberi dan menang. Tetapi, kalau parti (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr
Mahathir (Mohamad) hanya berpakat dengan DAP dan beberapa parti, Pas
dengan Pas, saya rasa susah pembangkang hendak menang. Tengok apa
berlaku di Sarawak yang berlaku pada pilihan raya kecil baru-baru ini.
3 orang berkata:
Oii pak karamu...
Betul kan ruu 355 tu cuma hukum ciptaan manusia pas aja kan???
Abis tu tak wajib sokong kan kan???
Tak sokong tak jatuh iman kan kan??
Pak karamu....
Apa hukum org islam sokong ruu 355 yg sebut zina hanya kena denda rm5000 dan bukan rejam sampai mati?? Jatuh iman tak kalu kita sokong hukum ruu 355 pas yv songsang ni??
Pak karamu...
Apa hukum kalu kita sokong hukum yg bertentangan dgn hudud dlm Al-Quran?? Jatuh tak iman kita???
Pak karamu....
Sebenaqnya, kita wajib sokong atau wajib tolak hukum dlm ruu 355 ni ha????
Kalu RUU 355 mencadangkan pesalah zina yg belum kahwin akan direjam hingga mati atau pesalah curi dipotong tangan, KAMI AKAN SOKONG RUU 355 itu.
Kalu hukumannya lain drp itu, KAMI TAK SOKONG SEBAB KAMI TAKUT BERDOSA SOKONG UNDANG2 YANG LAIN DRP UNDANG
2 YANG SUDAH DISEBUT DALAM AL-QURAN.
Kalau kau nak sokong, kau sokonglah sendiri. Aku tak nak campur..
ah.. ko pas umno pkr dap sume 2x5 je r..
cuba kalo pas ni masih tido sebantal ngan ko,kalo dia ajak rakyat makan taik pun ko cakap baik kan? hehe..dulu pas pun sama r mcm ko,umno bongok tu 100 tahun dulu dua dh bgtau pun kat pas yg dap ni puak harbi,mana pas pecaya bahkan dia backup lim guan eng tu mengalahkan wali hehe...umno tu yg bongok atau dia yg bongok?hehe
bukan ke sama je sume barua..?hehe
buat malu kat anak2 je la korang ni..semuanya same je barua tapi tuduh org lain barua..amek sorang sikit la barua tu makan sama2 hehe..
Post a Comment