AS teruskan kerjasama dengan JIT siasat MH17
Seramai 298 mangsa terbunuh dalam tragedi MH17 yang berlaku pada Julai 2014. - Foto: Reuters
KUALA LUMPUR - Amerika Syarikat hari ini sekali lagi menegaskan
komitmennya akan terus bekerjasama dengan Pasukan Penyiasat Bersama
(JIT) untuk menyiasat nahas pesawat Malaysia Airlines MH17.
Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, John Kirby juga meminta
negara lain yang mempunyai kedudukan untuk membantu, bekerjasama
sepenuhnya bagi membolehkan pihak yang bertanggungjawab dapat diadili.
Semalam, Belanda yang mengetuai JIT, membuat kesimpulan dalam laporan
interim bahawa MH17 ditembak jatuh menggunakan pelancar peluru berpandu
Buk yang dibawa dari Rusia ke Ukraine.
Sementara itu, menurut kenyataan dari laman web pasukan Perkhidmatan
Pendakwaan Awam Belanda, pelancar peluru berpandu Buk dilancarkan dari
sebuah ladang berhampiran bandar Pervomaiskyi, yang pada ketika itu,
dikawal oleh pejuang pro-Rusia.
"Walaupun tiada apa yang boleh memadamkan kesedihan mereka yang
kehilangan insan yang disayangi pada hari tragik itu, pengumuman ini
adalah satu lagi langkah ke arah membawa mereka yang bertanggungjawab
melakukan serangan itu ke muka pengadilan," kata Kirby dalam kenyataan
yang dikeluarkan oleh Kedutaan Amerika di Malaysia di sini.
Kirby berkata dapatan itu menyokong kenyataan Setiausaha Negara Amerika
Syarikat John Kerry selepas tragedi MH17 ditembak jatuh menggunakan
pelancar peluru berpandu Buk darat ke udara yang dilancarkan dari
wilayah yang dikuasai kumpulan pemisah disokong Rusia, di timur Ukraine.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia
mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab
menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17, dan hanya itu
satu-satunya cara.
Pesawat MH17 ditembak semasa berada pada ketinggian 30,000 kaki dan
terhempas di kawasan Ukraine yang bergolak dekat sempadan Rusia.
Pesawat Boeing B777 itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala
Lumpur, apabila ditembak di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai
2014, mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 44
rakyat Malaysia.
Tahun lepas, Pengerusi Lembaga Keselamatan Belanda Tjibbe Joustra
mengesahkan MH17 ditembak jatuh menggunakan pelancar peluru berpandu Buk
darat ke udara di timur Ukraine.
Laporan itu dibentangkan selepas 15 bulan penyiasatan dijalankan dengan
Pasukan Penyiasat Bersama dari Belanda, Ukraine, Malaysia, Australia,
United Kingdom, Amerika Syarikat dan Rusia. - Bernama
2 orang berkata:
Boo cerita basi. Ini kan kospirasi...tiada yang bersalah. Buat apa nak siasat!
Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.
Post a Comment