BN tewas jika satu lawan satu
SHAH ALAM - BN dijangka bakal tewas di Selangor sekiranya berlaku satu
lawan satu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) walau siapa pun parti
lawannya itu.
Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Datuk Dr Mohamad
Redzuan Othman berkata, ia berbeza dengan perpecahan dalam pakatan
pembangkang seperti yang berlaku sebelum ini akan menguntungkan BN.
“Jelas kalau BN bertembung dengan DAP, DAP boleh menang dengan 51
peratus. BN lawan Amanah, Pakatan masih boleh menang, BN lawan Pas,
masih boleh menang begitu juga dengan Bersatu dan PKR.
“Tapi yang jelas sekali, pertandingan dua penjuru akan dimenangi oleh
parti yang bukan BN...sukat untuk BN menang,” katanya ketika sesi
pembentangan penyelidikan survei IDE : Isu dan Persepsi Pengundi
Selangor, di sini, hari ini.
Melalui kajian IDE itu, pihaknya mendapati sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru, BN memang bakal mendapat keuntungan.
“Walaupun mungkin PKR merasa mereka boleh menang keempat-empat undi
tapi kena ingat apabila tiba pilihan raya, BN mereka boleh menambah undi
sehingga 15 peratus. Bermakna, walau dalam keadaan begini, PKR pun tak
boleh menang kalau tiga penjuru.
“Perpecahan dalam kalangan parti pembangkang ini memberi keuntungan
kepada BN kerana penyokong BN dalam keadaan macam mana pun, mereka
kukuh.
“Terpulang...ada yang menyatakan kalau berlaku tiga penjuru,
pembangkang boleh menang dan sebagainya. Saya tak nak pertikaikan. Kalau
rasa boleh menang, teruskanlah. Ini berdasarkan kajian kami. Anda boleh
setuju, boleh tidak setuju,” katanya.
Melalui data yang dikeluarkan kerajaan Pakatan masih menjadi pilihan
rakyat dengan 59 peratus manakala BN mendapat 29 peratus dengan 12
peratus lagi tidak menyokong mana-mana parti.
Malah 43 peratus responden yakin Pakatan mampu kekal sebagai kerajaan negeri Selangor
Dalam kajian sama, sebanyak 45 peratus pengundi Selangor percaya BN
tidak mampu mempertahankan Putrajaya melalui kepimpinan Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak dengan 26 peratus lagi tidak pasti manakala 29
peratus lagi yakin.
1 orang berkata:
This is my http://shopexpressreviews.com/! Online shopping is booming as people find it way too easy and convenient to purchase the products by just sitting at home in front of the computer, put in some information and click a few buttons. However, it’s not that easy to do a business on Amazon, Ebay and sites alike. How to attract customers to your store and How to keep their patronage are always the big questions.
Review Page: http://shopexpressreviews.com/ ?
Bonuses Page: http://shopexpressreviews.com/huge-bonuses/

Post a Comment