PAN TAK BOLEH SALAHKAN PAS, PAN SEPATUTNYA TIDAK UJUD, TERBUKTI PADA PILIHANRAYA KECIL SELANGOR DAN PERAK, SIAPA KACAU DAUN ? BUKANKAH PAN YANG KONONNYA NAK TES POWER, TAPI SEBENARNYA BUKAN TES POWER TAPI BUSUK HATI MEREKA UNTUK MENGACAU, HAL INI SEMUA RAKYAT MALAYSIA TAHU, PARTI BARU SETAHUN JAGUNG TAPI NAFSU MEMBUAK-BUAK NAK JUGA BERTANDING - Pak Karamu
Pakatan 'hilang' Selangor jika tanding tiga penjuru
SHAH ALAM - Amanah menyatakan kebimbangan mereka kehilangan Selangor
dalam keadaan Pas tidak komited dengan Pakatan Harapan dan juga dengan
berlakunya pertandingan tiga penjuru.
Pengarah Komunikasinya, Khalid Abd Samad berkata, usaha menjadi lebih
sukar dengan pertembungan tiga penjuru yang dilakukan Pas.
Menurutnya, Amanah maklum bahawa Pas sedang meneruskan usaha membina blok ketiganya dengan penyertaan Berjasa baru-baru ini.
"Sekiranya persempadanan baru ini diluluskan dan Pas mengelak daripada
berlaku pertandingan tiga penjuru, masih ada harapan untuk Selangor
diselamatkan dari BN.
"Juga jika persempadanan semula ditolak, dan Pas masih mahukan
pertandingan tiga penjuru, masih ada harapan untuk kekalkan Selangor di
bawah Pakatan Harapan," katanya dalam satu sidang media di Pejabat Ahli
Parlimen Shah Alam hari ini.
Namun, beliau mengatakan harapan untuk menyelamatkan Selangor menjadi
tipis sekiranya kedua-dua perkara di atas menjadi realiti.
"Sekiranya persempadanan semula dikuatkuasakan dan Pas bertanding
secara tiga penjuru, maka harapan untuk selamatkan Selangor daripada BN
hampir tiada," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment